Saya dah niaga kat FB ni lebih 5 bulan, tp takde sales.. krik krik jer.. FB ni tak bagus! Maybe dah tiba masa saya try di instagram pulak...
Rungutan macam ni dah biasa kita dengar. Sebenarnya bukan facebook tu tak bagus, kalau tak bagus dah lama facebook tutup macam geng-geng lain yang pernah melopori media sosial satu ketika dahulu. Kita sebenarnya yang belum betul-betul faham teknik pemasaran yang betul di facebook.
So harini saya nak kongsikan, antara kesilapan yang biasa dilakukan oleh online seller di Facebook.
#1: POSTING SUKA HATI
Maksud suka hati kat sini, anda post di sesuatu yang tak relevan dengan niche bisnes anda.
Sebagai contoh;
Anda menjual produk kecantikan kulit.. Tapi apa yg berlaku ialah, anda post benda-benda yang takde kaitan..Posting pasal kucing comel, pasal pergi travel ke disneyland. Post gambar-gambar kelakar.
Semuanya dicampur adukkan. Bukan tak boleh buat, tapi cuba relate-kan setiap posting tu dengan bisnes anda. Jangan buatkan bakal pembeli nampak mcm bisnes anda main-main.. Nak buat bisnes? BE SERIOUS!
#2: PRODUK TAK MEYAKINKAN
Tahu nak menjual je. Nak sales masuk je. Tapi tak ambil tahu cara untuk meyakinkan prospek. Macam mana sales nak masuk?
Apa sebab orang tak yakin dengan produk anda? Sebabnya, kita gagal untuk convince dan build chemistry di antara produk dengan mereka.
Cara untuk convince mereka, perbanyakkan testimoni di page, atau semasa tengah deal tu, tunjukkan testimoni yang matching dengan masalah bakal pembeli tu.
#3: TIADA SOCIAL PROOF
Memang agak mencabar jika bisnes onlin kita takde social proof especailly pada post yang kita sedang fokus untuk hasilkan jualan. Bayangkan
Takde komen.. Takde like.. Share pun takde…
Macam mana nak yakinkan prospek? Create engagement dengan fans anda. Buat diorang komen pada post anda. Macam mana caranya?
Buat contest. Buat cabutan bertuah ke, slogan ke. Yang penting mesti relevan dengan produk yang anda sedang promosikan.
#4: AYAT JUALAN TAK JELAS
Ini antara yang paling bermasalah. Nak menjual tapi ayat yang digunakan tak clear. Bakal prospek tak faham dan lagi worst tak tahu pun iklan tu untuk mereka! Pakai bahasa baku pulak tu.
Anda kena faham dan mahir dengan Teknik Copywriting. Cuba guna bahasa audiens. Bahasa yang biasa kita dan mereka bertutur.
Ayat copywriting kena ada struktur.. Ada flow.. Baru orang atau bakal pelanggan kita faham. Ni antara controh struktur jualan yang sesuai digunakan:
- Headline
- Intro
- Ciri-ciri
- Kelebihan
- Manfaat
- Offer
- Call to Action
Bila orang tak faham, camne mereka nak membeli? So fahamkan mereka
#5: PRODUK TIADA USP
USP ni bermaksud Unique Selling Proposition. Di zaman kegawatan ekonomi ni, semua orang nak menjual. Kita jual ni, dia nak jual jugak. So, ada ramai pesaing. Jadi,
Apa yang membezakan produk anda dengan lambakan produk yang lain?
Sebab tu kena ada USP. Create satu USP yang bole jadi kekuatan yang tiada pada orang lain. USP boleh jadi pada nama produk, boleh jadi tagline, bole jadi pada cara photoshoot. bole jadi sebab packaging.. Macam-macam lagilah.
Contohnya;
Anda jual produk A. Produk tu ada 7 jenis kebaikan. Apa yang anda perlu buat pilih hanya satu je kekuatan produk tersebut. Macam produk Nurraysa Beauty, mereka hasilkan produk kosmetik yang Mesra Wudhu. Sebab USP tu membuatkan produk ni dikenali dan dah buat jutaan ringgit.
Sekian dahulu perkongsian untuk kali ni. Semoga artikel ini memberi sedikit gambaran dan idea untuk meperkembangkan bisnes online anda especially di facebook.
Sumber: Sifufbads
إرسال تعليق