Mungkin anda tidak sangka barang yang selalu anda nampak di kedai runcit berhampiran rumah anda telah terjual di USA.

Ya betul. Terjual di Amerika Syarikat. Negara Uncle Sam.

Strategi bagi penjual ni mudah sahaja. Beli barang ataupun kalau tidak mahu beli barang, ambil gambar di kedai runcit. List kan barang yang nak jual di ebay.com.

Selepas laku, bungkuskan barang menggunakan bubble wrap untuk melindungi barang itu daripada rosak. Kemudian hantar.

Mari kita lihat barang apa yang sudah terjual di ebay.com


1. Babas Serbuk Kari Daging




Ramai kan peminat kari baba’s. Sampai ke luar negara orang cari. Dah laku 15 barang. Harga barang termasuk shipping $12 USD.

2. Nescafe 3 in 1 



Banyak barang nescafe yang laku. Ini adalah salah satu contoh yang laku. Harga tak sampai RM20 kalau beli di kedai runcit.

3. Coffee Tongkat Ali Ginseng 



Kalau jenis kopi ada perkataan ginseng ataupun tongkat ali memang ada peminat satu dunia.

4. Iklan Bilis



Sudah terjual sebanyak 62 unit. Ikan bilis ini dijual bermula dengan berat 120 gram sehingga 970 gram.

5. Teh Sabah



Murah sahaja teh ni. Lebih kurang RM20.

Semua barang yang terjual diatas ini dalam matawang USD.

Pada masa artikel ini ditulis 1 USD = 4.04 MYR mengikut kadar tukaran PayPal.

Sementara matawang USD tengah kuat berbanding Ringgit Malaysia, potensi keuntungan yang anda akan dapat akan lebih. Itupun kalau anda ambil tindakan.


Panduan di atas untuk mereka yang betul-betul serius untuk belajar teknik menjual di pasaran antarabangsa.

Semoga bermanfaat!

Post a Comment

أحدث أقدم