Bagi yang dah join shopee free shipping program, mesti korang dah faham flow penyediaan or preparation parcel kan? Cara dia lebih kurang sama je dengan syarikat courier yang terlibat macam poslaju, ninja van dan dhl express.

Bagi yang belum join free shipping program, boleh rujuk artikel ni: Proses order non-integrated channel

Artikel ni boleh dijadikan panduan untuk korang yang nak atau dah apply free shipping program. At least boleh faham macam mana program ni berjalan.

Once dapat order 


Korang kena check status order tu dah bayar ke belum. Boleh tengok tab To Ship. To ship ni order yang dah dibayar.


Seterusnya klik arrange shipment. Once kita klik arrange shipment, sistem shopee akan generate tracking number untuk waybill.


Korang kena print 2 copy bersaiz A6 (dispatcher's dan recipient's copy). Bila dah print out, dia akan keluar macam ni.



Lepas tu selit atau masukkan dalam pocket pouch parcel. Kalau korang cari pouch parcel, boleh tengok kat shopee. Sebaiknya saya recommend korang beli sampul yang dah ada siap pouch, senang. Contoh macam ni.

Lepas dah siap packing parcel. Korang boleh drop-off ke drop-point yang terdekat. Nak drop-off mudah je. Korang just perlu walk-in dan tak perlu beratur. Biasanya ade bakul or tempat khas untuk kumpul parcel dari shopee. Ingat, tak perlu bayar apa-apa ok!

Selesai. Mudah kan!

Semoga apa yang dikongsikan ni bermanfaat untuk korang semua. Kalau ada soalan, tulis kat ruang komen di bawah. Kalau rasa artikel ni bermanfaat, share lah ok supaya lagi ramai dapat manfaat!

Thanks!

1 تعليقات

  1. Pocket pouch tu wajib beli ke boleh guna plastic apa2

    ردحذف

إرسال تعليق

أحدث أقدم