Shopee merupakan satu platform e-commerce yang popular dengan tema “Free Shipping”. Boleh kata Shopee ni seteru Lazada, Lelong.com la. Fungsi mereka ni sama juga, sebagai medium jualan.

Analoginya...

Shopee seperti sebuah pasar malam yang buka 24 jam tapi di alam maya. Anda boleh jual atau iklankan produk secara percuma. Banyak mana yanganda nak. Takde sewa tapak bagai.

Shopee juga tak kenakan apa-apa charge dalam segala aktiviti jualan dalam sistem Shopee. Berapa
harga yang anda jual, nilai tu jugak yang anda akan dapat. Best kan

  • [message]
    • Shopee Update
      •  Mulai Jan 2019, setiap transaksi yang berjaya, shopee akan charge 1% dari jumlah jualan. Still paling rendah dalam mana-mana ecommerce di Malaysia.

Anda hanya perlu sign-up, hias kedai cantik-cantik, upload produk dan siap. Jangan lupa untuk apply segala fungsi marketing yang disediakan oleh shopee untuk hasilkan jualan pertama.

Bagi yang tak berminat menjual, anda digalakkan membeli.

Terdapat banyak kelebihan shopee yang anda kena tahu. Yang paling utama tentulah penghantaran percuma. Selain tu, shopee jugak menawarkan banyak voucher dan Shocking Sale khas untuk pelanggan Shopee. Harganya? Memang agak murah. Anda ada banyak pilihan untuk membeli. Anda boleh baca artikel ini 7 Sebab Anda Perlu Menjual di Shopee

Syarat untuk berjual dan beli di Shopee, haruslah punyai akaun dulu. Anda boleh buka akaun Shopee di sini. Percuma je!

[Daftar akaun Shopee Sekarang ##address-card##]

Post a Comment

أحدث أقدم