Biasa dengar bang affiliate ni tapi masih tak berapa clear.
Ok. Saya akan explain semudah mungkin. Takde definisi bagai. Straight to the point.

Affiliate ni kerja anda just promosikan produk orang lain. Bila ade orang beli melalui "link affiliate anda", anda akan dibayar komisyen.
PROMOSI PRODUK ORANG

Anda boleh promote produk orang di media sosial seperti facebook, instagram, twitter dan lain-lain. Promote ni samaada anda buat hard selling atau soft selling

Hard selling - terus promote produk.
Soft selling - promote tapi secara tersirat (bercerita atau buat review).

Dalam iklan yang and promote tu, digalakkan letak "link affiliate anda". Kalau tak letak pun takde masalah. Kalau ada yang berminat, mereka akan pm. Ikut lah strategi pemasaran masing-masing.

LINK AFFILIATE ANDA

Setiap orang yang menyetai program affiliate, sistem akan generate special link. Ini bermakna, setiap orang akan mempunyai affiliate id yang berbeza. Ini bagi memastikan system dapat trace dari link mana sales berjaya di buat.

Untuk mendapatkan link affiliate, anda perlu register di mana-mana website yang menawarkan program affiliate ni. Biasanya program affiliate ni percuma. Antara website yang popular menjalankan program affiliate adalah Onpay, Klikjer dan Ordersini. Kalau anda berminat nak daftar affiliate boleh klik link di bawah

[Daftar Program Affiliate Onpay ##download##]

[Daftar Program Affiliate Klikjer ##download##]

[Daftar Program Affiliate Ordersini ##download##]

Daftar kesemuanya untuk dapatkan income dari sumber yang berbeza

PEMBAYARAN KOMISYEN

Pembayaran komisyen affiliate hanya akan berlaku jika link yang anda promote berjaya mendapatkan jualan. Contohnya:

Anda promote produk Quran Digital di facebook profile. Dalam post tu, anda letak gambar, sedikit copywriting dan link affiliate anda. Rakan facebook anda berminat lalu beliau klik dan buat payment melalui link affiliate tersebut.

Anda bakal dapat komisyen!
Kadar peratusan komisyen bergantung kepada tuan punya program atau produk. Biasanya komisyen produk-produk di Malaysia ni dalam range 30-50% dari harga jualan.

Sebagai contoh, produk Quran Digital berharga RM200. Jika tuan punya program affiliate mention komisyen sebanyak 50%, maka anda akan mendapat RM100 untuk komisyen.

Sekian sahaja perkongsian dari saya. Jika anda rasakan posting ini bermanfaat, boleh share untuk ia kekal relevan. Terima kasih

  • [message]
    • AFFILIATE METHOD
      • Jika anda serius nak belajar dan buat duit dengan bisnes affiliate, saya syorkan Affiliate Method oleh cikgu saya Rahman Basri

Post a Comment

أحدث أقدم