Macam mana nak proses order ni bang? Saya excited sangat sebab ni first order. Cuma tak tahu nak mula macam mana sistem shopee ni...

Foto: worksafetexas.com
Takpe. Don't worry.

Bagi yang baru atau newbie, saya assume yang korang belum apply shopee free shipping program. So tutorial ni khas untuk korang yang masih dalam status "non-integrated channel".

Maksud kat sini, mode shipping korang belum berhubung dengan mana-mana courier company yang berintegrasi dengan sistem shopee. Tak faham? Abaikan.

Jom kita belajar cara nak proses order.

Terima Order di Shopee

Pertama sekali tentulah korang kena terima order dulu. Macam mana nak tahu order masuk?
Bila korang dapat notifikasi dari Shopee.

Notifikasi dalam phone


Notifikasi dalam komputer

Check sama ada notifikasi order tu berstatus To Ship atau Unpaid. Kalau Unpaid, follow-up dengan buyer. Remind dia untuk buat payment. Kalau To Ship, get ready bungkus barang.

Bungkus Barang Cantik-Cantik


Next, Bungkus produk cantik2. Kalau perlu bubble wrap balut. Kalau ade free gift, masuk siap2. Dah masuk semua barang kemas, seal bungkusan korang.

Seterusnya, isi Nota Kiriman Domestik Pos Laju

Nota Kiriman Domestik Pos Laju ni korang boleh dapatkan di kaunter poslaju. Mintak je sebab ianya diberikan secara percuma.

Tracking number ini diperlukan di peringkat seterusnya

Bila Nak Klik Butang "Ship"?


View: Laptop
View: Phone

Korang nampak kan butang oren tulis "Ship" tu? Bila nak klik? Amalan terbaik adalah selepas korang post borang ke kaunter Poslaju. Ini kerana, once korang tekan butang ship tu, secara automatik buyer akan dapat notifikasi yang barang sudah di pos.

Senang cerita, lepas setel urusan di Poslaju, tekan laju-laju butang Ship. Tapi boleh je tekan awal-awal dekat rumah masa packing barang. Yang penting hari yang sama jugak pos.

Beri perhatian pada bahagian "Countdown". Korang wajib proses order ini sebelum tarikh yang ditetapkan. Kalau tidak kena penalti.

Apa akan jadi bila korang tekan butang Ship? Paparan di bawah akan keluar


Korang pilih courier company yang korang bakal pos nanti. Contohnya Poslaju. Seterusnya key-in tracking number yang korang dapat dari Nota Kiriman Domestik Pos Laju. Upload proof of shipping tu terpulang. Yang penting tracking number.

Selesai.

Saya simpulkan disini, terdapat 4 step asas untuk memproses order di shopee bagi non-integrated channel. Step tersebut adalah seperti di bawah ini. Bagi newbie yang baru bermula, cuba biasakan dengan "default" setting terlebih dahulu.

  1. Verify order (unpaid atau to ship)
  2. Alert dengan countdown
  3. Klik Ship bila sudah selesai drop-off
  4. Isi nombor tracking

Namun tak menjadi masalah pun sekiranya korang nak apply shoppe free shipping program. Nak apply pun tak susah dan percuma. Antara kelebihan seller yang join shopee free shipping program ni:

  • Jimat kos shipping - rate di shopee lebih rendah dari luar
  • Jimat tenaga - tak perlu is tracking number. Segalanya dah ter-print di waybill

Semoga artikel ini dapat membantu rakan-rakan yang baru nak menjual di platform shopee. Jika korang ade sebarang pertanyaan, drop komen di ruang di bawah ok! Selamat bershopee!

Post a Comment

أحدث أقدم