Pada tahun 1920, Pemilik syarikat Jackman Shoes, Mr Hugh terbaca tentang sebuah negara yang kini mula menarik minat pelabur tempatan. Negara tersebut adalah negara Afrika.

Beliau menghantar 2 pemuda yang sanggup ke sana untuk melihat peluang pelaburan. Yang pertama adalah Mr Charles, Salesman terbaik dalam syarikatnya. Manakala yang seorang lagi adalah Mr Xavier, seorang pekerja yang baru dilantik atas semangat beliau mahu mendalami industri perkilangan kasut.

Perjalanan menaiki kapal pada waktu itu mengambil masa 3 minggu. Mr Hugh menanti dengan penuh teruja akan kiriman telegram mereka setiap hari. Asal pintu ofis beliau diketuk pasti beliau bertanya: "Telegram?".

Akhirnya telegram yang ditunggu-tunggu pun tiba. Mr Hugh sangat teruja dan membaca telegram pertama yang datangnya daripada salesman terbaik beliau, Mr Charles. Telegram salesman itu berbunyi seperti berikut:

NO WAY WE WILL SELL SHOES . THEY DID NOT WEAR ANY

Terjemahan: "Tidak mungkin kita boleh jual kasut, orang afrika tidak memakai kasut langsung!"

Mr Hugh rasa sangat kecewa. Beliau campak telegram Mr Charles melayang ke atas meja. Beliau terduduk, merasakan bahawa harapan beliau hancur berkecai.

Pada penghujung hari tersebut, mesej telegram daripada Mr Xavier pula sampai. Dengan berat hati Mr Hugh membacanya. Berfikir bahawa perlukah dia kecewa buat kali kedua. Namun dalam masa yang sama berdoa agar ada berita baik.

Memang berita baik yang beliau terima. Telegram tersebut berbunyi:

WE WILL BE RICH ! NO BODY WEAR SHOES HERE

Terjemahan: "Kita pasti kaya! Langsung tiada orang afrika pakai kasut di sini!"

Itulah pemerhatian yang jauh berbeza pada keadaan yang sama bergantung pada mindset masing-masing.

Mindset salesman adalah mindset 'zero sum game'. Semuanya terhad. Mereka mengejar komisen lalu menjadikan mereka tidak mahu mengambil risiko. Mereka hanya mahu sesuatu yang telah terbukti boleh dijual.

Mindset usahawan adalah mindset 'abundance' dan mindset 'educator'. Mereka sanggup bersusah payah educate market agar mereka dapat mengecap hasil yang sangat hebat daripada itu.

Bukan bermakna mindset salesman tidak bagus dan mindset usahawan itu yang terbaik. Kedua-dua mindset perlu ada dalam satu kepala yang sama. Agar peluang yang baik tidak terlepas dan agar usaha yang ada sekarang tidak disia-siakan.

"Use the right mindset onto the right problem".

Kredit: Izwan Wahab
أحدث أقدم