Sebelum saya cerita tentang formula proven untuk bina 7 angka dengan sistem ejen, saya nak anda paham tentang sesuatu benda ni dulu.
Nak buat bisnes ni bukan senang
Mungkin anda pernah tengok founder-founder produk tu kaya raya dekat luar sana kan? Kebanyakan mereka memang menggunakan sistem ejen. Tapi kejayaan diorang tu bukan timbul dalam 1 malam.
Banyak perkara yang perlu diselesaikan untuk memperoleh jualan yang tinggi. Dengar ayat 7 angka tu memang la best. Tapi tak semudah macam yang anda baca.
Terdapat beberapa kelebihan dan kekurangan dalam sistem ejen ni.
Pro (Kelebihan)
- Untung mudah
- Cepat restock
- Mudah untuk berkembang.
Cons (Kekurangan)
- Ramai newbie
- Ejen sendiri susah jual
- Banyak kes buang harga
Realitinya, ramai yang give up untuk jadi ejen
Sebab tulah biasanya hanya 20% sahaja ejen yang aktif. So kalau anda ada 100 orang ejen, mungkin yang aktif cuma 20 orang sahaja.
Jadi dalam artikel kali ni, saya akan ceritakan formula sistem ejen untuk anda menjana jualan tinggi dengan sistem ejen.
Formula proven untuk bina sistem ejen yang power
1. Pendaftaran Ejen
Benda paling basic bila anda nak bina sistem ejen adalah dengan merekrut ejen. Takde ejen macam mana nak buat sistem ejen kan?
Tapi jangan sesekali berikan pendaftaran secara percuma kepada ejen anda. Ikut pengalaman saya, memang ramai yang register tapi semua tak menjual. Hanya sekadar nak tahu cara kita beroperasi je.
End up, bazir masa je kita rekrut macam tu. Seeloknya anda caj sedikit untuk pendaftaran. Mungkin RM10-RM50.
Ada juga yang terus buat jualan kepada ejen untuk perdaftaran. Contoh bayar RM300 dan anda akan berikan ejen anda produk anda. So payment tu dah include dengan kos pendaftaran.
Setakat ini, ini adalah kaedah yang paling famous yang ramai orang buat. Dekat situ je anda dah boleh buat untung.
2. Sediakan Training Untuk Ejen
Antara sebab ejen anda down dan lemah semangat adalah sebab mereka sendiri tak dapat nak menjual.
Cuba anda pikir logik. Kalau ejen anda sendiri buat profit RM100 sehari takkan la die nak slow down kan?
So kita sebagai HQ, kena provide training dari segi cara jual, cara marketing, cara closing, dan mungkin sedikit training dari segi mental dan fizikal.
Anda boleh tengok contoh macam syarikat MLM yang power macam Shaklee, Herbalife, Coway dan lain-lain. Kesemuanya ada provide training hampir setiap minggu. Macam mana pula dengan anda?
3. Support Ejen Anda Sebaik Mungkin
Ramai founder yang saya tengok hanya membiarkan ejen di bawah mereka mati (sendu) dan tak ambil kesah tentag kos ejen mereka sendiri.
Sebagai contoh memberikan profit margin yang sedikit kepada ejen mereka. Ejen dapat 40% tapi syarikat ambil 60% profit.
Sepatutnya, secara logik akal, anda sebagai founder / HQ wajib memberikan profit margin yang lebih tinggi kepada ejen dari apa yang anda dapat sebab anda bermain VOLUME produk yang tinggi.
Dan SOP penjualan produk anda juga penting. Contoh paling mudah adalah harga jualan anda dengan harga yang ejen jual.
Sepatutnya, bila anda bermain dengan sistem ejen, anda sebagai HQ tidak patut menjual LANGSUNG. Ini adalah untuk support ejen-ejen anda supaya mereka boleh menjual.
Tengok macam Cuckoo dan Coway. Anda company die jual sendiri? Tak. Ahli / Ejen yang kena menjual.
Tapi ada syarat sekiranya anda (HQ) nak menjual. Iaitu dengan menjual produk anda dengan harga yang lebih tinggi daripada apa yang ejen anda jual.
Sebagai contoh harga ejen jual adalah RM25. So HQ sendiri kalau nak jual kena jual dengan harga RM35. Barulah ramai customer anda akan beli dengan ejen anda berbanding beli dengan HQ.
Secara tak langsung, ejen anda boleh survive dan makin suka menjadi ejen anda.
Anda boleh tengok macam mana Adidas buat jualan. Mereka sendiri ada menjual. Tapi dekat Outlet Adidas sendiri, harga jauh lebih mahal berbanding dengan Outlet Distributor (seperti Al-Ikhsan, Sport Direct) yang menjual produk Adidas.
4. Berikan Insentif (Reward) Kepada Top Performer
Nampak macam simple tapi benda ni dapat boost performance ejen anda KAW KAW.
Sebagai contoh, Top 3 dalam kalangan ejen anda, anda berikan RM1000 cash dalam bulan tu. Benda ni akan buat ejen-ejen yang lain berebut untuk dapatkan top performer disebabkan reward tu.
Selain cash reward, anda mungkin boleh berikan percutian percuma ke Bali (contoh) kepada ejen-ejen anda yang lain.
So apa yang jadi? Ejen-ejen anda akan hargai anda dan membuatkan mereka rasa seperti VIP kerana reward yang diberikan.
Sebab tu ada sesetengah syarikat mempunyai “follower tegar” yang sentiasa komited untuk hasilkan jualan produk anda.
Ok itu je kot yang saya nak share harini.
Kalau anda nak belajar dengan lebih mendalam tentang Sistem Ejen ni, anda boleh klik link di bawah.
Apa yang anda kan pelajari adalah:
- Struktur sistem ejen yang berkesan
- Cara persediaan untuk team sales anda
- Pembahagian komisen untuk ejen
- Lubuk mencari ejen yang berkualiti
- 5 Template Copywriting untuk rekrut ejen
- SOP pendaftaran ejen
- SOP ambil tempahan produk
- Action plan & cara meletakkan target
- Dan banyak lagi
Jika korang nak tahu rahsia bina empayar 6-7 angka dengan sistem ejen, boleh download ebook percuma di sini. Perkongsian dalam ebook ni premium tau! Semoga bermanfaat!
Kredit kepada: Sifufbads.my