Apa yang perlu kita lakukan bila terima semula barang yang tidak berjaya dihantar?
Check Open Case
Pertama sekali semak dengan akaun eBay ataupun PayPal anda samada pernah tak pembeli ini open cased. Jika pernah open cased anda perlu lihat sebab barang ini tidak sampai.Ada beberapa sebab barang tidak berjaya dihantar. Antaranya alamat tidak lengkap walaupun anda sudah buat alamat mengikut transaksi pembeli di eBay. Ada juga disebabkan pembeli tidak tuntut di pejabat pos mereka.
Biasanya jika barang tidak berjaya dihantar, pihak pos akan beri notis dan apabila pembeli tidak ambil dalam masa yang ditetapkan, barang itu akan dipulangkan kepada penjual.
Bergantung kepada kurier yang anda gunakan, ada yang mengenakan caj sekiranya barang tidak sampai kepada pembeli, ada juga yang tidak kenakan caj. Caj ini adalah kos pengantaran semula barang yang tidak berjaya dihantar daripada pembeli kepada anda.
Kalau ada open case? Apa perlu buat?
Sekiranya pembeli sudah open case, anda perlu tanya pembeli. Tanya juga diri sendiri adakah berbaloi untuk pulangkan balik kesemua duit pembeli ataupun sebahagian sahaja.
Ini kerana anda sudah keluarkan kos penghantaran dan juga kos membeli barang. Semuanya bergantung kepada budi bicara antara anda dan juga pembeli. Tiada jawapan yang khusus.
Jika pembeli meminta anda hantar kembali, pastikan caj ini diambil kira sekali bagi mengelakkan kerugian dari pihak anda.
Sekiranya pembeli tidak open cased dan juga hantar mesej, anda boleh mesej pembeli itu. Nyatakan sebab barang tidak berjaya dihantar.
Jika tiada maklum balas daripada pembeli, jual balik barang itu di eBay. Bukannya salah anda sebab anda dah buat yang terbaik untuk selesaikan masalah yang bukan disebabkan dari pihak penjual.
Pembeli lupa beli barang
Perkara biasa apabila barang return lepas 6 bulan dan pembeli tidak open cased di eBay. Mungkin pembeli terlupa yang ada beli barang di luar negara ataupun pembeli tak tahu cara-cara untuk open cased.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Terima kasih
إرسال تعليق