Pengenalan
Bagi peniaga Shopee, tahun 2025 membawa beberapa perubahan besar dari segi kos operasi. Mulai Julai 2025, beberapa yuran baru akan dikenakan, termasuk kenaikan komisen, SST 8%, dan caj penghantaran. Jika anda tidak mengira semula kos perniagaan, keuntungan mungkin mengecut tanpa disedari.
Artikel ini akan memecahkan semua kos relevan untuk peniaga Shopee pada 2025, termasuk kos bulanan dan tahunan yang sering diabaikan.
Kos Terkini untuk Peniaga Shopee Mulai Julai 2025
1. Caj Komisen Shopee (Naik Mulai 16 Julai 2025)
Shopee akan menaikkan kadar komisen mereka mulai 16 Julai 2025. Kadar ini berbeza mengikut kategori produk, tetapi secara purata, peniaga perlu bersedia untuk bayaran komisen yang lebih tinggi. Jika sebelum ini komisen 2%, mungkin naik ke 2.5%-3%. Produk elektronik & fashion biasanya komisen lebih tinggi.
2. Caj Payment Gateway + SST 8%
Setiap transaksi di Shopee dikenakan caj payment gateway (biasanya ~1.5%-2%). Mulai Julai, kerajaan akan mengenakan SST 8% ke atas yuran ini. Contoh Kiraan:
Jualan: RM100
Caj Payment Gateway (2%): RM2
SST 8% atas RM2: RM0.16
Jumlah Caj: RM2.16
3. Caj 50 Sen Proses Transaksi Shopee
Shopee akan mengenakan 50 sen bagi setiap transaksi berjaya. Bagi peniaga yang ada ratusan pesanan sehari, ini boleh jadi beban besar.
4. Yuran Sokongan Platform (50 Sen)
Tambah lagi 50 sen sebagai "Program Yuran Sokongan Platform". Jadi, setiap jualan dikenakan RM1 (50 sen transaksi + 50 sen sokongan).
5. SST 8% Ke Atas Jualan (Bagi Peniaga Berdaftar SST)
Jika anda sudah melebihi threshold SST (RM500,000 setahun), anda perlu menyerahkan 8% SST kepada kerajaan. Contoh: Jualan RM50,000 sebulan → RM4,000 SST perlu dibayar.
Kos Bulanan untuk Peniaga Shopee
Selepas menolak semua caj di atas, baru anda dapat Gross Profit. Untuk dapat Net Profit, anda perlu tolak lagi kos operasi bulanan seperti:
Sewa Premis (Kedai, Office, Warehouse)
- Jika sewa RM1,500 sebulan, SST 8% (RM120) mungkin dikenakan.
Gaji Pekerja
- Termasuk KWSP (13%), SOCSO, EIS, HRDF Levy.
Bil Elektrik & Air
- Bil elektrik naik hampir 14% pada 2025.
Kos Marketing
- FB Ads, Google Ads, Shopee Ads – ramai peniaga potong bajet bila jualan merosot, tapi ini boleh buat bisnes semakin merundum.
Yuran Company Secretary (Sdn Bhd)
- Jika ada syarikat berdaftar, yuran ini wajib dibayar.
Kos Tahunan yang Sering Terlepas Pandang
Selepas setahun berniaga, ada lagi kos yang perlu diurus:
- Audit Akaun (RM1,500 – RM5,000 setahun)
- Cukai Syarikat (Bergantung pada keuntungan)
- Renew SSM (RM60 – RM300)
- Renew Lesen PBT (Signboard & Premis)
- Renew Lesen Software (Microsoft, Canva, Sistem POS)
Tips Kurangkan Kos untuk Peniaga Shopee 2025
Kira Semula Pricing Strategy
- Naikkan harga sedikit untuk cover kos baru.
Gunakan Free Marketing
- Fokus pada TikTok, Instagram Reels, dan SEO.
Kurangkan Overhead
- Jika boleh, gunakan dropshipping atau kerja dari rumah.
Pantau Cash Flow
- Gunakan app seperti SQL atau Excel untuk track perbelanjaan.
Kesimpulan
Berniaga online di Shopee pada 2025 bukan lagi semudah dulu. Dengan kenaikan komisen, SST 8%, dan pelbagai caj baru, peniaga perlu lebih bijak mengurus kewangan.
Jangan tunggu sehingga untung menjadi rugi – kira semula kos anda sekarang dan buat adjustment perlu sebelum Julai 2025!
Kongsi artikel ini jika bermanfaat untuk rakan peniaga lain!
Credit: Rosman Al-Qadri