Pada 2016, Kumoten berpelung untuk berbual dengan salah seorang daripada penjual kami tentang jualan beliau.

Kami baru sahaja mengenalkan Fungsi Sync dan kami mencuba untuk mendapatkan sebanyk mungkin maklum balas untuk memperbaiki system kami. Tidak lama kemudian, kami menemui pengguna yang telah lama berniaga menggunakan Lelong.my dan telah menggunakan system kami untuk menambah bilang produk di laman webnya.

Perbualan Pihak Kumoten (K) dan Dropship Agent (DA)


K: Apakah cadangan atau nasihat yang boleh korang kongsikan tentang menjual secara online?

DA: Untuk permulaan, teruskan memuat turun barangan dalam stor korang. Jangan berharap dengan memuat turun 200 produk dalam masa satu hari korang akan mendapat jualan. korang perlu memuat turun 200 produk untuk hari yang akan datang.

K: Maaf, kami kurang faham. Adakah korang maksudkan apabila semua orang muat turun sebilangan produk, jualan mereka akan meningkat?

D: Saya hanya menggunakan kaedah mudah iaitu digelar 1-20-600.

Untuk mendpatkan 1 jualan sehari, seseorang itu perlu berkerja dan memuat turun 20 produk atau lebih untuk menyediakan 600 barang jualan di stor korang

K: Mengapa memuat turun 20 produk?

DA: Itu adalah jumlah produk yang saya mampu untuk muat turun setiap hari.

K: Jadi 600 produk atau lebih dari bilangan itu disyorkan?

DA: 600 adalah jumlah yang akan korang perolehi apabila memuat turun 20 produk sebanyak 30 hari secara berterusan setiap hari. Ianya juga akan menampakkan stor korang lebih hebat kerana mempunyai pelbagai produk.

K: Adakah korang benar-benar mengambil 1 jam sehari untuk memilih barangan?

DA: Memilih sahaja. Untuk memuat naik dan mengikut pasaran cvs mengambil sedikit masa. Tetapi ya, rancang muat turun harian korang, pasti cukup 1 jam untuk sehari.


Untuk lebih jelas, kami tidak dapat mejamin kaedah ini akan berkesan kepada perniagaan atau jualan harian korang. Strategi ini lebih kepada sesi perkongsian dan berharap korang akan temui strategi yang sesuai.

Tetapi untuk membutikan teori ini, kami meminta seorang daripada penjual kami untuk menggunakan kaedah ini. Kami membantu beliau bagaimana untuk sync dan mengubah nama produk untuk pastikan ia lebih menarik. Baru-baru ini beliau telah menujukan dashboardnya kepada kami.

Sejak beliau memulakan pada September 2016, jualannya telah meningkat sebanyak RM 1,000 pada Disember 2016. Hanya dalam masa 1 minggu jualan beliau hampir mencapai RM 800, bermaksud RM 100++ sehari dengan meluangan masa selama 2 jam. Itu adalah pencapaian yang luar biasa hanya 2 jam waktu bekerja.

Bolehkah korang untuk mengulangi kaedah dan produk yang sama dengan hasil yang sama? Kami tidak dapat menjaminnya, tetapi jika korang menjual di mana-mana pasaran online dan Kumoten Dropship, kami memberi cadangan untuk menggunakan kaedah ini.

Hingga berjumpa lagi!

Sumber: Kumoten
أحدث أقدم