Anda mungkin familiar dengan eBay. Siapa tak kenal antara platform ecommerce yang sangat popular di dunia online. Tapi berapa ramai yang kenal Terapeak?
Untuk makluman, kedua-duanya adalah company yang berbeza. eBay sedar akan kewujudan Terapeak dan mengetahui potensi perisian Terapeak yang ditubuhkan oleh 2 orang power seller eBay sendiri.
So apa yang berlaku? eBay decide untuk membeli Terapeak!
Apa yang special sangat Terapeak ni?
Sehinggakan company sebesar eBay nak beli?
Terapeak mempunyai "data" yng superb hebat dan bakal membawa keuntungan yang sangat besar kepada eBay.
Terapeak berkemampuan menganalisis data jualan di eBay untuk semua platform eBay seluruh dunia. So boleh dikatakan, segala lubuk informasi eBay ada dalam simpanan Terapeak. Awesome bukan?
Apa kaitan Terapeak dengan Seller eBay?
Sangat berkait sebenarnya. Terapeak membantu seller di eBay untuk tidak merasa syok sendiri menjual produk yang belum tentu laku dijual!
Terapeak menggunakan data sedia ada untuk memberi gambaran yang jelas dan terperinci seperti:
- Jenis produk yang high demand di ebay
- Suggest keyword yang paling best agar mudah customer jumpa produk anda
- Senaraikan harga yang bersesuaian untuk anda jual di pasaran
- Identify negara mana yang mempunyai demand yang tinggi
Dan banyak lagi info-info berharga untuk seller.
Terapeak Jimatkan Masa dan Wang
So dengan adanya Terapeak, tiada istilah hentam kromo ketika nak menjual di eBay. Secara tak langsung, mengurangkan risiko anda kerugian akibat menjual produk yang tak laku!
Kini, eBay dan Terapeak telah bekerjasama. Alangkah bertuahnya seller-seller di eBay!
Walaubagaimanapun, fungsi Terapeak ini bukannya percuma ya! Ia sebuah perisian berbayar. Seller eBay yang tidak melanggan eBay store perlu membayar sejumlah $12 sebulan untuk menggunakan fungsi yang disediakan.
Namun jika anda seller eBay yang melanggan eBay store, anda akan mendapat akses Terapeak secara percuma.
Baca: Terapeak kini percuma untuk seller eBay yang melanggan eBay store
Nak belajar ilmu tentang cara-cara melakukan analisis produk hot di pasaran eBay dengan cara yang lebih advance dan percuma? Sila klik pautan dibawah