Menceburi apa jenis bidang perniagaan pun mesti kena ada asas yang kukuh. Asas-asas ini yang akan menentukan keberlangsungan sesebuah bisnes dan memastikan ianya sentiasa berada dalam track yang betul.

Sama juga untuk bisnes di eBay, tanpa asas yang cukup, dikuathiri ia akan menyebabkan seseorang pemula a.k.a newbie itu stuck di peringkat awal dan seterusnya berhenti menjual akibat hilangnya arah tuju dan motivasi.

Disini saya kongikan 4 asas utama yang wajib newbie perkuatkan bagi memulakan bisnes di eBay dengan jayanya.

1. Fahami cara eBay dan Paypal berfungsi


Kedua-dua platform ini tersangatlah penting dan keduanya mempunyai polisi dan prosedur yang berbeza. Fahami setiap fungsi yang ada kerana tanpa salah satunya, perjalanan bisnes anda di eBay tentu akan menghadapi kesulitan.


eBay mostly platform menjual produk. Terdapat pantang larang yang eBay kenakan pada setiap seller tanpa pilih bulu. Semua yang menyertai baik dikalangan newbie mahupun top seller kena patuh dengan peraturan yang ditetapkan.

Silap hari bulan, baru buka akaun, belum lagi listing dah kena suspended! Haru bukan? Masalah ini antara yang biasa berlaku dikalangan newbie. Namun ada caranya untuk mengatasinya.

Baca: Check selling limit di eBay

Paypal (sebutan "pay+pel") basically platform untuk anda terima wang hasil dari transaksi yang berjaya di eBay.

Sebagai newbie, anda perlu tahu cara nak hubungkan akaun Paypal ke akaun eBay, apa jenis akaun yang perlu anda buka, apa jenis kad bank yang eBay terima dan bermacam-macam lagi procedure lain.

Kegagalan untuk setting kedua-dua platfrom ini akan mengudang nestapa dan akan berakhir dengan kekecewaan. That's why, perkuatkan point nombor 1 ini.

Secara jujurnya, part ini memang sedikit teknikal so perlu lebih usaha sampai berjaya. Kalau tak tahu jugak, boleh chat dengan customer servis eBay atau paypal. Nak lagi mudah, dapatkan ebook Xportmudah. Confirm setel!

2. Kenalpasti produk yang laku di eBay


Bila dah selesai asas nombor 1, persoalan seterusnya. Apa yang nak dijual? Atau boleh hantam je? Sebenarnya anda sudah boleh survey sendiri produk apa yang mendapat permintaan hanya dengan menggunakan teknik-teknik percuma.


Biasakan dulu teknik percuma. Walaupun percuma, ianya tetap power. Kalau tak power masakan pula newbie baru dapatkan panduan Xport Mudah 9 jam dah masuk sales usd. Buat kajian produk laku, cari info produk tersebut dan cuba listing.

Sebaiknya, mulakan dengan kos yang sangat minima. Boleh cuba dapatkan produk-produk di Shopee atau Lelong. Nanti bila dah dapat jualan, sales pun dah stabil baru cuba dapatkan perisian berbayar seperti Terapeak.

Perisian ini bukan murah ya tapi sangat berbaloi digunakan. Kebanyakan seller-seller senior menggunakan perisian ini untuk menganalisis info-info penting di market eBay.

Baca: Terapeak kini percuma untuk subscriber eBay Store

3. Cari supplier yang bagus

Ini antara faktor yang agak penting kerana mereka ini merupakan nadi akaun eBay anda. Jika mereka problem, akaun eBay anda akan dihujani dengan negative feedback. Dah pasti akan sakit kepala.


Cuba bayangkan, anda dah listing produk dari supplier ni. Then sales masuk menderu-deru. Anda dah double check dekat website yang produk tu masih in stock.

Bila nak order barang, sebenarnya out-of-stock! Supplier lupa update. Macam mana ni? Nak ambil dari supplier lain harga dah lain. Silap-silap semua order yang masuk bakal membuatkan anda rugi. Tak ke naya!

So study supplier yang dipercayai dan mempunyai track record yang cantik. Anda boleh google sahaja. Dalam platform-platform ecommerce sedia ada pun anda dah boleh buat survey. Baca je review-review dari pembeli.

Bila dah jumpa, cuba contact dan deal harga dengan supplier. Kalau boleh cuba rancang untuk bina long term relationship dengan supplier. So win-win situation.

4. Tetapkan harga yang sesuai untuk produk

Sebelum menjual di eBay, anda perlu faham tentang harga. Nak tentukan harga, faktor kira-kira semua kos perlu diperincikan.


Sebenarnya eBay ada mengenakan caj-caj tertentu seperti yang basic insertion fee, final value fee, paypal fee dan sebagainya. Itu baru caj sahaja, anda juga kena kena consider kos-kos seperti shipping, packaging dan sebagainya.

Anda boleh rujuk kalkulator eBay ini untuk kira untung rugi produk yang bakal anda jual.

Selain tu, anda juga digalakkan untuk buat kajian harga di market eBay. Ini bagi memastikan harga yang anda tawarkan lebih kurang dalam range seller lain. Cara nak buat servey harga ni tak susah mana pun.

Anda boleh gunakan fungsi advance search. Melalui fungsi ini, anda boleh tengok produk yang lebih kurang dengan produk yang bakal anda jual, dan tengok berapa harga produk yang telah terjual. Berbaloi untuk cuba!

Di dalam panduan Xportmudah pun ada ditunjukkan secara details cara nak buat kira-kira. So ini akan mengelakkan anda kerugian. Ingat, menjual di eBay ini kita bermain dengan currency luar negara. Takut juga tinggi kerugian yang anda tanggung nanti. 

5. Pilih shipping provider yang realiable

Anda perlu tentukan syarikat courier yang the best. The best maksudnya di sini, pihak courier yang servisnya tip-top dan dipercayai.


Walaupun isu shipping ini termasuk dalam kos-kos yang perlu ditanggung oleh seller, jangan hanya pilih syarikat courier yang murah semata-mata. Dibimbangi akan ade problem dengan isu logistik. Kang tak pasal-pasal dapat negative feedback secara percuma.

Namun ada syarikat courier yang ratenya affordable dan servis power. Rate ni bergantung kepada berat produk. Antara syarikat courier yang anda boleh survey seperti Pos Malaysia, Fedex, EMS, DHL, Aramex dan lain-lain.

Baca: Flexipack International oleh Pos Malaysia


Bonus: Jaga kesucian feedback di eBay


Berniaga di eBay, feedback buyer tersangatlah penting. Bagi newbie, positif feedback yang pertama adalah crucial! Macam mana nak mendapatkan positif feedback?


Anda perlu perhalusi segala perkara yang boleh mempengaruhi track record dari mula pelanggan buat order sehinggalah barang sampai ke tangan mereka.

Sebagai contoh, respon mesej buyer secepat dan se-polite yang mungkin. Periksa barang sebelum bungkus agar ianya dalam keadaan yang baik seperti yang ditulis dalam description.

Bungkus barang dengan bubble wrap dan hantar dengan tracking number. Kalau baik hati, kasi la note ucapan terima kasih atau free gift sebagai tanda penghargaan.

Tunjukkan yang anda ni serius menjual dan mengharapkan continuous relationship dengan pembeli. Baru nampak profesional.

Sambil lewa dan tidak teliti dalam menguruskan order? Bersiap sedia untuk menerima negative feedback.

"Dah buat elok-elok tapi dapat jugak negatif feedback. Macam mana ni boss?" 

Dalam panduan Xport Mudah, ada ditunjukkan cara untuk tukar negative feedback ke positive. Ops! Panduan ni bukan nak ajar anda untuk take for granted berkenaan negative feedback.

Ia memberi panduan jika berlaku perkara yang tidak di ingini lalu mendapat negative feedback, apa action yang perlu anda lakukan.

Jika anda ingin belajar secara serius menjual di eBay, boleh dapatkan panduan Xportmudah di link di bawah


أحدث أقدم