Setiap platfrom menjual ada kelebihan dan kekurangannya. Begitu juga dengan eBay. Ada sebab dan tujuan sesuatu peraturan itu diadakan oleh pihak eBay.
Mereka sudah lama dipasaran iaitu lebih dari 2 dekad. Data-data yang mereka ada itulah yang menyebabkan sesuatu peraturan itu dibuat.
Okay sekarang kita tengok apa kelebihan ataupun apa yang best nya tentang eBay ni.
Kelebihan eBay
1. Modal yang rendah
Boleh mula menjual di eBay dengan modal yang serendah RM50. Ya, memang serendah itu sekiranya menjual barang-barang yang murah. Mula-mula buka akaun eBay untuk menjual.
Untuk menerima pembayaran buka akaun Paypal. Contoh yang mudah adalah menjual alat tulis.
Baca: Produk alat tulis yang laris di eBay.
Apabila barang sudah laku contohnya Stabilo Boss yang berharga RM20, hantar menggunakan Pos Malaysia. Kos untuk penghantaran adalah RM14.60 termasuk pos daftar.
Tak banyak kan kos nya. Sekiranya pandai mencari barang murah seperti harga dibawah RM10, lagi rendah kos permulaan.
2. Tak perlu tahu buat iklan
Apa yang perlu dilakukan adalah hanya jual sahaja barang di eBay dan biarkan bakal pembeli membeli barang yang dijual. Tidak perlu buat iklan seperti FB Ads ataupun Google Ads.
Sudah tentu bukannya semua barang yang kita jual tu laku. Be realistic. Apa yang perlu dilakukan adalah terus mengkaji barang apa yang berpotensi laku dan jual di eBay.
3. Berbilion trafik masuk ke laman eBay setiap bulan
Menurut laman similarweb, berbilion trafik masuk setiap bulan. Sebab itu tidak perlu buat iklan. Mereka yang masuk ke laman eBay memang untuk mencari barang dan sudah bersedia untuk membeli.
4. Pembeli sudah percaya dengan eBay
Mereka yang sudah lama membeli dengan eBay memang tiada masalah sekiranya anda penjual baru ataupun lama.
Jika barang yang dibeli tidak sampai mereka boleh minta refund dari penjual ataupun mereka boleh minta penjual hantarkan sekali lagi sekiranya barang tidak sampai. Mudah betul cara orang luar bershopping kan?
Polisi ini dinamakan MONEY BACK GUARANTEE dari eBay. Tetapi sudah tentu jika penjual sudah lama dan rating sudah tinggi, bakal pembeli akan lebih prefer membeli dari penjual itu.
5. Untung berganda ganda
Part ni yang paling best sekali. Untung banyak. Siapa tak nak untung banyak. Contoh kalau jual Keychain Ikea ni. Beli kat Ikea baru RM4.90 tapi penjual ni memang bijak. Dia jualnya dengan harga kapak.
Harga yang dijual $7.50 USD campur dengan kos penghantaran $4.40 USD. Jumlah harga jualan adalah $11.90 USD. Kos penghantaran menggunakan Pos Malaysia baru RM14.60.
Untung kasar penjual ni dapat RM20. Kira ok la kan. Beli barang RM4.90 dapat untung kasar RM20. Sambil jalan-jalan ke Ikea makan meatball beli sekali keychain ni. Mana tahu ada rezeki.
Contoh barang IKEA yang laku di laman eBay.com oleh penjual dari Malaysia
Okay sekarang kita tengok apa pula kekurangan ataupun apa yang tak best nya tentang eBay ni.
1. Masalah selling limit bagi penjual baru
Untuk penjual baru hanya boleh jual 10 barang sahaja dengan nilai maksimum sebanyak $500 USD. Memang sikit. Ini salah satu sebab kenapa orang tidak suka menjual dengan ebay.
Tetapi jangan risau, ramai pembeli Panduan Xport Mudah sudah boleh menjual 100 barang dengan nilai maksimum RM8,200 pada bulan pertama. Ianya ada diterangkan dalam Panduan Xport Mudah.
2. Duit kena hold dengan PayPal selama 21 hari
Yang ni memang tak boleh buat apa. Dah memang polisi mereka. Katakan barang yang dijual itu laku pada hari ini, lagi 21 hari duit itu boleh dikeluarkan dari PayPal ke bank Malaysia.
Ini bagi memastikan yang penjual baru tidak buat scam dengan menjual barang kat luar negara.
Kalau penjual tak hantar barang dan larikan duit memang rugi la pihak eBay kena gantikan duit pembayar. Tetapi jangan risau, bukan selama-lamaya akan di hold 21 hari.
Selepas memenuhi beberapa syarat dari pihak eBay, duit yang diterima tidak akan di hold dan boleh terus dikeluarkan ke bank Malaysia. Baca rules disini ataupun baca kenyataan dari laman PayPal ini
Your payment may be pending in your PayPal balance because:
- You’re a new seller (whether on or off eBay);
- You have a “Below Standard” seller rating on eBay; or
- The payment you received may be considered unusual for your selling pattern.
In the future, you may be able to have funds made available to you immediately if you meet certain requirements, which include:
- At least 25 transactions
- $250.00 USD in sales
- 90 days since your first sale
Ada banyak lagi sebenarnya kelebihan dan kekurangan menjual di eBay. Cuma yang best nya bagi pembeli Panduan Xport Mudah, mereka ada Group Support di Facebook untuk bertanya sekiranya ada sebarang masalah.
Untuk dapatkan ilmu tentang cara-cara menjual di ebay dengan lebih advance sila klik pautan dibawah