Hendak jual pakaian terpakai ataupun barang bundle memang rendah kos permulaan. Kos yang dimaksudkan adalah kos kewangan.

Caranya ialah dengan pergi ke kedai bundle, cari barang yang berpotensi dan jual di market place seperti ebay, etsy dan grailed.

Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan membuat kaji selidik terlebih dahulu baju bundle apa yang ada permintaan tinggi di luar negara.

Dengan menggunakan advanced search ebay, anda boleh cari baju apa yang laku dan berpotensi. Hanya perlu masukkan kata kunci cloth vintage dan terpapar senarai baju ataupun barangan bundle lain yang telah terjual di ebay.


Selepas klik search akan terpapar barang yang laku. Dalam contoh ini ada baju bundle yang dijual dari Malaysia yang laku.



Untuk permulaan harga yang dapat dijual mungkin tidak sebanyak macam contoh diatas. Mungkin dapat jual dengan harga $30 USD ataupun kebawah.

Ianya masih berbaloi kerana kos untuk mendapatkan baju bundle ini ada kalanya tidak sampai RM10. Yang penting kena rajin buat kajian di ebay dan cari barang di kedai bundle.

Dengan kemajuan telefon pintar, ada juga pemilik kedai bundle yang sudah tahu pasaran ataupun harga baju bundle. Kalau anda lihat ada baju yang dijual sehingga RM1,000 sehelai memang boleh dikatakan pemilik itu tengok harga di ebay.

Tapi jangan risau, mereka tiada masa untuk melihat kesemua baju bundle yang mereka jual. Masih banyak baju yang mereka jual murah-murah iaitu RM5 ke RM20 boleh dijual sehingga $30 USD ke $50 USD.

Selepas sudah ada modal lebih sedikit, laburkan duit dengan membeli satu guni baju bundle. Boleh cari di Facebook dengan menggunakan kata kunci bundle.

Terdapat ramai penjual bundle yang menjual guni baju bundle. Ada juga kilang yang menjual 10 helai sahaja baju dalam satu guni. Selepas ambil 10 helai baju, baju bundle yang lain pihak kilang akan ambil.


Contoh gambar diatas beli guni dari Facebook. Selepas sampai, cari baju bundle yang ada potensi untuk dijual. Yang tiada potensi akan dibiarkan sahaja. Baju lebihan ini akan diberikan kepada mereka yang mahu buat kain buruk ataupun sebagainya.

Jika baju sudah terlalu banyak, sewa pejabat hanya untuk menempatkan baju bundle ini. Bukannya untuk dijual kepada pasaran tempatan ya.

Kalau dilihat ada banyak kedai bundle yang tidak dapat bertahan lama, mungkin mereka tidak tahu potensi menjual baju bundle ini ke luar negara.


Gambar diatas adalah sebahagian daripada baju dari pejabat kawan saya iaitu Tuan Fazley yang dijual ke luar negara.

Selepas memilih baju yang berpotensi dan menetapkan harga, staf beliau akan mengambil gambar dan menjualnya di ebay, etsy dan grailed.

Dibawah adalah sebahagian baju bundle yang telah terjual untuk akaun Tuan Fazley. Semua transaksi ini dibeli oleh pembeli di luar negara dan terjual di market place Ebay, Etsy dan Grailed.



Bagi yang berminat untuk menjual baju bundle, Tuan Fazley ada menawarkan personal coaching dimana anda akan dibimbing dari A sampai ke Z sehingga berjaya membuat jualan malahan kerjaya baru dengan izin Allah.

Macam mana nak menjual, macam mana nak cari supplier, macam mana nak hantar barang semuanya akan diajar. Ianya merupakan jalan pintas untuk memulakan perniagaan bundle di luar negara. Untuk menempah slot personal coaching boleh layari Xportmudah.com

Untuk dapatkan ilmu tentang cara-cara menjual di ebay dengan lebih advance sila klik pautan dibawah


أحدث أقدم