Anda nak tahu cara nak buat duit dengan eBay? Ikuti 8 step ini dan mulakan perniagaan online yang menggunakan matawang USD ni agar profit anda berganda-ganda. alert-success



Jika anda sedang mencari-cari cara nak buat extra income tak kira secara part time atau full time, anda boleh consider buat duit dengan eBay. 

Untuk makluman, dengan jutaan pengguna dan pelbagai jenis produk yang ada, eBay menawarkan peluang yang sangat bernilai bagi penjual online yang tahu potensi menjual di platform tersebut. Lagi-lagi kita yang tinggal di Malaysia.

Ini kerana, eBay menggunakan matawang USD, which 4 hingga 5 kali ganda nilai matawang MYR. Keuntungan? Anda boleh buat kira-kira sendiri. 

Tetapi jika anda newbie dan tak berapa nak tahu macam mana nak mula, just ikuti 8 step ni untuk start buat duit dengan eBay.

  1. Daftar akaun eBay: Langkah pertama untuk buat duit dengan eBay adalah dengan mendaftar akaun dan ianya percuma.

  2. Pilih barang untuk dijual: Anda boleh menjual hampir apa sahaja di eBay, tetapi penting untuk memilih produk yang mempunyai permintaan yang tinggi dan mampu dijual.

  3. Kaji pasaran: Sebelum anda mula menyenaraikan barang, penting untuk kaji pasaran dan lihat harga barang yang serupa untuk dijual. Ini akan membantu anda menetapkan harga yang compatitive dan bagi memastikan anda tidak menetapkan harga terlalu tinggi atau terlalu rendah.

  4. Buat produk listing: Apabila membuat listing, pastikan keterangan produk adalah jelas dan terperinci, serta gambar berkualiti tinggi. Ini akan membantu listing anda menonjol dan menarik minat pembeli.

  5. Tetapkan harga: Anda boleh memilih untuk menetapkan harga produk dengan harga tetap atau dalam format auction. Jika anda tidak pasti apa harga yang perlu ditetapkan, anda boleh menggunakan eBay Pricing Tool untuk mendapatkan gambaran harga produk yang lebih kurang sama dijual.

  6. Promote produk listing: Once product listing dah "live", anda perlu pastikan produk anda dilihat oleh bakal pelanggan. Anda boleh mempromosikan produk dengan menggunakan eBay's Promoted Listing, dan strategi-strategi lain.

  7. Ship out barang: Bila produk anda ada orang beli, post produk dengan cermat dan cepat. Anda boleh guna platform seperti USPS, FedEx, dan UPS. Untuk seller Malaysia, anda boleh guna platform lokal sahaja. Pastikan anda bungkus sebaiknya dan berikan tracking information kepada pembeli.

  8. Get paid: Untuk terima wang dari hasil jualan, anda boleh setup menggunakan PayPal atau kad kredit. Biasanya proses ni kita akan buat awal waktu daftar akaun eBay.

Dengan mengikuti tips ini, anda boleh start buat duit di eBay walaupun anda seorang beginner. Dengan sedikit usaha dan research, anda boleh jadikan hobi ini menjadi satu perniagaan yang menguntungkan di eBay.

Panduan Buat Duit dengan eBay

Post a Comment

أحدث أقدم