Posting viral? Apa tu?

Ehh.. Ade lagi ke orang tanya soalan lapuk macam ni? 😋. Kalau ada pun mesti yang jenis tak ikut perkembangan semasa... Dasar katak bawah tempurung!

Hah! Jangan terperangkap dengan ayat-ayat di atas. Itu sekadar contoh sahaja. Engagement untuk post-post macam ni sememangnya tinggi sebab ia ada elemen emosi.

Bukan bermaksud untuk mempermainkan hati mu.. Aku hanya ingin memberi contoh yang biasa dilihat di media sosial. Ngeh ngeh ngeh

Ok proceed untuk tajuk utama artikel ni.

Senang citer, posting viral tu posting yang menjadi bualan nitizen. Nak tengok kat mana bualan nitizen? Kat twitter banyak. Hahaha Ok ok serius.

Persoalan biasa.

Macam mana nak create viral post bang? 

Alamak. Saya ni bukan lah expert dalam viral marketing. Tapi pernah la experience posting yang hampir viral.

Ada satu posting tu, dapat hampir 1.5k komen, share ratus-ratus dan hampir 100k reach organik. Time tu suka sangat gila.

Organik tu bukan susu atau sayur ye. Maksud organik kat sini, posting tu reach 400k audience tanpa spent kos marketing. Bak kata orang Shah Alam, zero cost marketing.

Kalau tak silap, untuk reach seramai tu, korang kena spend ribuan ringgit kalau guna facebook ads.

Macam mana ko buat bang? 

Senang je. Saya tiruvasi post-post yang viral. Dari headline, copywriting, gambar, video, call to action semua saya follow dan olah mengikut kesesuaian produk dan siapa target audience kita.

Disebabkan posting tu posting bisnes, mengenali target audience adalah sangat penting. Macam mana nak kenal target audience? Korang kena belajar tentang customer avatar.

Saya tak akan cerita kat sini sebab tengah busy makan kuaci. Nanti-nanti saya share ok. Sementara tu, korang boleh je google-google. Ramai je yang kongsi pasal benda ni.

Apa yang ko boleh suggest bang?

Jadi orang kurang bijak

Hahaha tak la gurau je. Aduh jangan serius sangat dik. Belajar ni kena happy-happy je. Ok jom saya kongsi sedikit antara tips nak bagi posting viral.

Engagement is vital


Wujudkan engagement dalam posting tersebut. Engagement ni boleh jadi like, love, cry, angry, komen dan share. Makin ramai orang engage, lagi tinggi peluang posting tu nak viral.

Contohnya macam ni.

Korang ade 5000 friendlist.
Dalam 5000 tu, maybe ade la 100 orang yang dapat tengok posting tu.
Dalam 100 orang tu, ade la 50 yang komen dan share.
Sekali lagi, bila ramai yang like, komen, share, facebook akan up posting tu so that akan lebih ramai yang boleh reach.
Asal-asalnya 100 orang je tengok, angka ni akan meningkat maybe 1000 atau 2000. Bergantung bagaimana algoritma facebook decide betapa revelan posting korang  pada audience.

Dalam 50 orang yang komen tadi, maybe dalam 10 orang friendlist dia tengok, mamat ni komen kat satu post tu. Secara tak langsung kawan dia pulak berminat nak komen jugak sebab kebetulan kena dengan dia.

Dan benda ni akan terus berlaku macam penyakit berjangkit! End up beratus ribu yang reach post tu dan tak mustahil berjuta.

Ehh.. Dah macam sinetron pulak. Tapi macam tu la cerita dia.

Ape jenis konten yang boleh viral di facebook bang?

Uih, ini panjang kalau nak cerita. Macam ni la. 

Jenis konten viral


  1. Sense of excitement (seronok, happy, lawak)
  2. Beremosi (sedih atau marah - kisah mak ayah, pengorbanan, video rumah masuk pencuri rakaman cctv)
  3. Bermanfaat (give value, tutorial, tips dan tricks)
  4. Kurang bijak (apa lagi nak explain?)

Konten-konten ni boleh jadi dalam bentuk gambar, video, dan essay (membaca itu jambatan ilmu). But mostly, video merupakan jenis kontent yang paling tinggi engagement. Terpulang kat korang.

Walaubagaimanapun, bukan senang untuk create posting yang berbentuk viral macam ni. Kat sini saya share jugak antara jenis kontent yang paling tinggi peluang nak viral.

Lawak atau humor


Ni antara facebook konten paling popular yang mendapat banyak engagement. Korang boleh cuba sendiri.

Pergi kat google, taip "funny memes". Pilih la meme yang berkaitan dengan bende yang korang nak post nanti.

Contohnya, nitizen tengah hot cerita kisah fresh graduate nak apply kerja. So korang bubuh meme macam ni. Then tulis la apa-apa. Saya tengok meme ni sendiri dah tegelak 😂😂. Lawak gila


Tanda sokongan


Ni pulak konten jenis santai tapi sensitif. Kalau kawan-kawan korang cikgu matematik kang terasa hati pulak diaorang. Lagi naya kalau cikgu math korang dalam friendlist!


Minta pendapat

Saya paling suka meme macam ni. Asking opinion dari kawan-kawan facebook. Something yang mereka sendiri boleh feel. Siapa takde zaman kanak-kanak kan? Sape yang tak pernah main gelongsor. 

Manusia ni normal lah. Bila dah makin berusia, bila ade satu bende yang triger "moment" childhood, memang seronok nak engage. So gunakan kesempatan ni.


Call to action


Ready for take.. Action! Ops! Bukan yang tu. Tu cerita P.Ramlee.

Call to action ni, dalam sesuatu posting tu ade di selitkan dengan tindakan yang dicadangkan. Apa yang mereka boleh buat (dengan rela) lepas baca posting tersebut.

Contohnya gambar gelongsor kat atas ni. Dalam post korang tanya macam ni...

"Jika saya diberi mandat untuk menawan kawasan Shah Alam, saya berjanji akan membina lebih banyak kemudahan sebegini bagi kesejahteraan rakyat..." Apa kata korang?

Ayat apa kata korang tu sebenarnya nak minta pendapat. Lagi ramai yang komen, lagi tinggi la peluang posting tu viral.

Selain tu, korang boleh juga minta pembaca atau mereka yang tengok posting untuk like atau share posting tu if ianya bermanfaat. Bila tinggi sharing, lagi powerrr! Like? Share? Bukan kena bayar pon. Bende baik ape salahnya.

Take action


Untuk permulaan, saya highly recommend korang cuba bermain dengan konten-konten yang santai di lingkungan facebook profile dulu. Oh ya. Jangan lupa add friend seramai mungkin ok. Dari situ, korang boleh identify apa jenis konten yang diaorang suka nak engage.

Then slow-slow main kat group-group pulak.

But, if korang betul-betul all out, facebook personal pun sebenarnya dah cukup power untuk viralkan posting korang.

Ok. Setakat ni dulu. Semoga apa yang di kongsikan di sini memberi manfaat untuk korang, Feel free untuk tinggalkan komen di bawah. Thanks!

Post a Comment

أحدث أقدم