hide link affiliate

Perlu ke nak cloak link affiliate?


Pendapat saya perlu. Jawapan simple but sweet kan? Hehe Baca penerangan saya yang seterusnya tentang link affiliate.

Link Affiliate


Apabila anda join mana-mana program affiliate, anda akan dapat link affiliate dengan special "id" yang tersendiri. Setiap agen affiliate akan mempunyai ID affiliate yang berbeza. Saya akan gunakan contoh program affiliate dari onpay untuk anda mudah faham.

Once anda selesai daftar, anda akan dapat link berikut:

https://asyrafazmin.onpay.my/order/form/duoheroeswaitinglist/172
https://asyrafazmin.onpay.my/order/form/duoheroeswaitinglist/maksutimah

Di hujung tu lah ID affiliate anda

Anda daftar 1 program affiliate tapi dapat dua link?
Ya memang macam tu. So anda boleh promote kedua-duanya.
Nak ambil yang nombor boleh, nak ambil yang nama sendiri pun boleh. No problem.

Keunikan ini yang menentukan keuntungan dan pembayaran komisyen oleh pihak affiliate manager atau tuan empunya produk.

So sebagai seorang affiliate yang berjaya, kan lebih baik kita ubahsuai link tu supaya nampak lebih pendek, dan bermakna dimata bakal pelanggan. Bagi saya personally, agak serabut kalau kita share atau paste link macam kat atas tu masa kita nak promote.

Apa alternatifnya?

Sorok Link Affiliate Anda!


Macam mana nak sorok? Ok. Saya gunakan Bitly.com untuk sorok link affiliate saya. Anda boleh buka akaun bitly secara percuma. Daftar kat sini. Lepas dah daftar, anda boleh create sehingga 1000 affiliate link kat situ. Best kan?

Link affiliate asal saya macam ni:

https://21759.ordersini.com/view/s/affiliate-method?ref=14890&landing=yes

Lepas saya paste link panjang ni kat bitly.com, saya akan dapat link yang lebih pendek dan boleh customize. Hasilnya jadi macam ni:
http://bit.ly/affiliatemethodRB

Kan nampak lebih kemas dan bermakna kat situ. Nak share pun tak ralat. Baca seterusnya antara kelebihan sorok link affiliate anda.

Kelebihan Cloak Link Affiliate


  • Link affiliate anda akan kelihatan lebih pendek, kemas dan bermakna. Takdelah link panjang-panjang dan penuh nombor atau simbol yang tak difahami.
  • Boleh trace berapa ramai orang klik link anda dan dari mana mereka datang
  • Sembunyikan link affiliate sebab ada sesetengah pengguna internet tidak suka klik link affiliate. Dengki ke apa anda akan dapat komisyen, saya pun tak tahu.

Cloak Link Provider


Anda boleh gunakan mana-mana cloak link provider seperti yang saya kongsikan di bawah ni. Just create je akaun sebab mostly percuma. Senarai di bawah antara yang saya biasa guna.

  • Bit.ly (pilihan saya)
  • Tinyurl (boleh customize jugak)
  • Goo.gle (Boleh pendekkan link tapi tak boleh customize) - Dah tutup
  • Nak.la (pilihan saya juga, boleh customize)

Itu sahaja perkongsian saya untuk kali ni. Saya harap anda semua boleh amalkan teknik ni walaupun ianya agak simple dan mudah untuk dibuat.

Buat Duit Dengan Affiliate


Bisnes affiliate ni merupakan bisnes jangka masa panjang dan ianya sangat berkesan dengan jenis konten marketing seperti blogpost dan sebagainya. Bagi anda yang ada blog, sila lah mengaplikasikan teknik-teknik affiliate.

Jika anda serius untuk jana pendapatan melalui affiliate, boleh belajar dari Cikgu Affiliate Malaysia, Tuan Rahman Basri. Semoga berjaya!

Post a Comment

أحدث أقدم