Kalau orang tanya ada tak cara cepat untuk berjaya dan konsisten jualannya di eBay? Sememangnya tidak ada. Walaupun tidak ada, pasti ada cara untuk permudahkan kerja kita.

Cara-cara yang dikongsikan ini adalah cara terbukti berkesan yang dilakukan oleh ramai penjual eBay sepenuh masa.

1. Langgan perisian berbayar uruskan semua akaun eBay


Ada banyak perisian berbayar yang boleh digunakan untuk menguruskan jualan, membalas mesej dan sebagainya. Semuanya boleh dilakukan hanya melayari perisian berbayar sahaja.

Walaupun nampak macam mahal sebab kena bayar setiap bulan, tapi sebenarnya ia memudahkan dan mempercepatkan kerja kita.

Sebagai contoh perisian berbayar yang boleh digunakan adalah inkfrog. Perisian ini sesuai digunaka bagi seller eBay yang mempunyai banyak akaun.


Kelebihan inkfrog yang anda perlu tahu

a. Boleh buat listing di semua akaun eBay. Katakan sudah siap buat listing di Akaun eBay 1, boleh terus buat listing di Akaun eBay 2.

b. Boleh tengok order dari semua akaun eBay.

c. Boleh balas mesej pembeli ataupun bakal pembeli.

Inkfrog ni juga membolehkan anda menambah staf ke dalam sistem mereka dimana staf tersebut boleh uruskan semuanya urusan di eBay bagi pihak anda.

Ataupun anda ingin staf menguruskan hal-hal tertentu seperti listing di eBay sahaja ataupun balas mesej sahaja.

2) Menggunakan perisian untuk spy barang yang laku di eBay


Kalau nak guna yang percuma pun boleh. Cuma ianya mengambil masa yang lama. Boleh guna perisian seperti Terapeak untuk mencari barang yang laku dengan lebih pantas dan cepat.

Baca: Percuma Terapeak apabila melanggan eBay store

Terdapat banyak lagi perisian yang berbayar di pasaran. Cuba mahirkan fungsi sedia ada terlebih dulu.

Bila dah faham dan sudah dapat banyak jualan, baru langgan persian berbayar seperti Terapeak dan Shelftrend.

3) Beli semua barang keperluan eBay secara online


Jika nak beli bubble wrap, envelope untuk packing barang, kertas sticker, ink printer, barang untuk dijual semuanya boleh beli secara online.

Biasanya beli di Lelong ataupun Shopee. Kalau nak beli Flexipack International Pos Malaysia pun boleh beli online di sini.

Dah nama pun jual online, beli barang pun secara online juga lah. Banyak masa yang boleh jimat.

Masa yang jimat ini boleh digunakan untuk membuat kerja yang berimpak tinggi seperti mencari barang yang laris di eBay.

Untuk dapatkan ilmu tentang cara-cara menjual di eBay dengan lebih advance sila klik pautan dibawah

Post a Comment

أحدث أقدم