Anda hanya perlu membeli kotak atau sampul prabayar Flexipack International, masukkan barangan anda dan poskan di mana-mana cawangan pejabat pos.
Harga baru bagi Flexipack International di bawah akan berkuatkuasa pada 1 May 2019:
Kelebihan menggunakan Flexipack International
- Tiada penghantaran minimum. Ada satu order pun boleh hantar
- Tidak perlu simpan stok flexipack international di rumah
- Sampul beserta dengan bubble wrap
- Boleh track pergerakan secara online (beli label Pos Daftar atau label Tracked)
Baca: Apa yang anda perlu tahu mengenai pos daftar
Keburukan menggunakan Flexipack International
- Perlu beratur di pejabat Pos Malaysia untuk menghantar barang. Tiada khidmat mengambil barang flexipack international dari pejabat atupun rumah
- Stok flexipack international terhad. Perlu hubungi pejabat pos malaysia yang berhampiran bagi memastikan stok flexipack international ada ataupun tidak
- Bayaran dikenakan tidak mengikut berat sebenar. Sekiranya berat 110 gram anda perlu bayar harga untuk maximum berat 150 gram.
- Saiz sampul atau kotak tidak flexibel. Sekiranya barang dengan berat 400 gram tetapi tidak muat untuk plastik saiz M, perlu bayar untuk saiz L(sekiranya muat).
- Tracking number perlu ditaip satu-satu untuk di kemas kini di laman sesawang ataupun marketplace. Kurier lain menawar fail dalam bentuk excel ataupun pdf dimana hanya perlu salin dan tampal
- Tidak sesuai untuk order yang banyak. Flexipack international tidak menawarkan pengurusan sistem order dalam bentuk fail excel
Jualan Flexipack International
- Cawangan Pos Malaysia
- eziEmall.com
Baca: Cara lebih mudah membeli Flexipack International
Baca: Soalan Lazim Berkenaan Flexipack International