Ramai newbie yang baru nak berjinak-jinak dengan bisnes online mempunyai mentaliti bahawa seseorang tu mesti nak kena ada modal untuk start.

Tak salah pun statement tu.

Tapi alangkah baiknya untuk permulaan ni, ambil konsep bisnes yang lebih mudah diurus, risiko yang rendah dan tanpa modal. Korang hanya perlu invest dari segi masa dan tenaga sahaja.

Sebab kita faham, tak semua orang ada modal yang cukup untuk start bisnes. So sebaiknya buat bisnes yang tanpa perlu keluarkan modal dulu. Nanti bila dah terer baru pump modal sikit-sikit untuk kembangkan bisnes.

Konsep bisnes tanpa modal


Bisnes model ni dikenali sebagai dropship dan paling popular dikalangan rakyat Malaysia. Walau nampak simple, jangan terkejut ye ade yang buat income 5 angka sebulan hanya dengan dropship. Kalau kat oversea, dropship ni level jutawan pun ada.

Dan saya memang recommend sangat untuk golongan newbie atau mereka yang baru nak start belajar bisnes online atau offline.

Cuba tengok gambar kat bawah ni untuk faham macam mana konsep bisnes dropship ni berfungsi. Start dengan nombor satu hinggalah nombor empat.


Macam mana nak mula?


1. Join mana-mana supplier yang ada offer dropship. Banyak lubuk-lubuk supplier kat Malaysia ni dan antaranya Shopee, facebook, dan lazada.

2. Lepas dah join, korang pun promote lah produk dropship tu kat social media atau blog. Bila ada orang berminat nak beli, korang bagi instruction untuk proceed (e.g. jumlah bayaran, kuantiti produk yang ingin dibeli, akaun bank etc). Lepas customer dah bayar,

3. Korang submit pulak order tadi tu kat supplier. Korang kena transfer harga dropship dan details customer kat supplier.

Harga dropship

Bila korang dah join sesuatu dropship tu, supplier akan bagi harga special kat korang dan biasanya harga tu lebih murah dari harga pasaran.

Contohnya, barang A, supplier bagi harga agen dropship RM10 dan korang promote barang A di facebook/blog dengan harga RM25. So korang untung RM15.

4. Seterusnya supplier akan uruskan order dan penghantaran pada customer. Bila supplier dah hantar barang customer kat syarikat penghantaran macam Poslaju, mereka akan bagi tracking number. Then korang wasap tracking number tu kat customer. Selesai

Mudah kan? Hah? Pening sikit? Takpe. Buat je dulu. Kalau tak buat tak faham feeling dia. Saya mula-mula dulu pun start dengan dropship. Lama-kelamaan, bila dah faham selok belok dropship, start pulak jadi agent (pegang stock) sebab liga agent ni lain cara dia dan harga pulak dapat lebih murah dari harga dropship. So keuntungan akan lebih tinggi.

So kalau korang memang teringin nak belajar bisnes online, boleh join group saya. Saya ajar setakat mana yang mampu based on saya punya experience dan knowledge yang Allah bagi. Saya tak janjikan korang akan dapat ribu-ribu sebulan, tapi saya jamin korang akan dapat ilmu yang insyaAllah bermanfaat untuk mulakan bisnes.

Ohh ya. Group ni free. Sekian, terima kasih kerana membaca.
Previous Post Next Post