Latest update: Boleh tengok di hujung post ok!
Baru-baru ni Shopee ade lancarkan Shopee Live Free Voucher Program. Ade korang dapat notifikasi pasal ni tak? Kalau takde, teruskan membaca sebab apa yang saya nak share ni bakal menguntungkan korang.
Shopee Live Free Voucher Program
Program ni terbuka kepada semua seller di shopee. Korang boleh buat shopee live streams sendiri untuk promosikan kedai or barang korang.
Dan yang paling best, shopee bagi free voucher kepada customer yang menonton shopee live stream korang tu. So customer boleh guna voucher ni untuk membeli di kedai korang. Awesome kan!
Kelebihan Program Shopee Live
- Meningkatkan jualan dan keuntungan
- Free marketing
Cuba korang bayangkan, lebih ramai yang tonton live streaming korang, lebih ramai yang dapat voucher. Secara tak langsung meningkatkan hasil jualan kedai korang. Al maklumlah, shopee voucher ni kalau macam biasa kan limited. Tapi dengan menonton live je akan dapat secara percuma. Customer dapat discount, korang dapat jualan. Win-win situation.
Ini yang dinamakan zero cost marketing. Macam orang promote kat facebook live tu. Korang tak keluar apa-apa kos pun. Just perlukan phone yang ade bateri untuk live. Dan of course la korang kena tunjukkan produk yang korang nak promote. Senang kan?
So, cepat-cepat register dan buat jualan dengan menggunakan shopee live ok.
Daftar Program
Update: Kalau akaun shopee korang takde fungsi shopee live stream ni, sila aktifkan di siniAktifkan Shopee Live Stream
Step 1
Korang kena daftar dulu. Klik je butang kat bawah ni untuk daftar
Daftar Shopee Live Free Voucher Program
Step 2
Tunggu notifikasi dari shopee kalau korang terpilih untuk join program shopee live ni
Step 3
Get ready untuk buat shopee live anytime.
Cara nak bagi voucher pada penonton
Once dah confirmed terpilih, start korang punya shopee live dengan mempromosikan kedai korang yang awesome tu dan tunjuk antara produk-produk yang hot atau on sale.
Masa live streaming tu, klik je butang voucher untuk bagi kat penonton. Senang kan! FYI, voucher ni valid selama 7 hari je ok!
Walaubagaimanapun....
Aduh ade walau-walau ni yang tak best bang...
Nak buat camne dik, shopee open bende ni limited. Sorry la ye ia diluar kuasa abang kacak. But who knows kan. Mana tahu rezeki korang terpilih untuk join mana-mana slot.
Selamat mencuba dan good luck!
Update: Program free voucher untuk shopee live ni dah pun tamat pada 22 ogos yang lepas. But anyway, korang still berpeluang untuk guna fungsi shopee live ni untuk mempromosikan kedai or bisnes korang.
Bagi saya, fungsi ini sangat berguna. Cumanya, ia perlu di integrasikan dengan media sosial yang lain agar lebih banyak crowd yang masuk. Sebagai contoh, korang plan nak buat live pada waktu sekian sekian, then shout atau up status kat sosial media untuk inform bakal customer untuk join. Offer la something yang menarik. Sure mereka join.
Ok. Itu saje buat masa ni. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk korang. Selamat maju jaya dan terima kasih.
6 Mei 2020 - Shopee live dah boleh buat melalui desktop. Klik sini untuk setup. Untuk buat shhopee live, boleh rujuk artikel ni.
Cara Buat Shopee Live dengan Mudah. Guna Shopee Apps je!
Semoga apa yang dikongsikan ni bermanfaat untuk korang semua. Kalau ada soalan, tulis kat ruang komen di bawah. Kalau rasa artikel ni bermanfaat, share lah ok supaya lagi ramai dapat manfaat!
Thanks!
Saya dh apply shopee live.. Berapa lama ye kena tunggu.
ReplyDeleteSy harap sy dpt dipilih untuk shoppe live . sy nk cri duit lebih amin
ReplyDeletefazirahluv99@gmail.com
ReplyDeletePost a Comment