Shopee live ni dah agak popular sekarang ni compare masa awal-awal dulu diperkenalkan. Masa tu shopee siap offer voucher percuma lagi untuk tarik minat seller buat shopee live. Dan during that time, fungsi ni just support via shopee apps je.

Sekarang shopee dah upgrade. Sesiape je boleh buat shopee live. Selain shopee apps, korang dah boleh buat melalui desktop.

Nota: Kalau dekat akaun shopee korang takde fungsi shopee live stream lagi, boleh klik sini untuk aktifkan. Borang aktifkan shopee live stream

Untuk artikel kali ni saya akan share cara nak buat shopee live guna shopee apps. Stay tune!

Cara buat shopee live streaming

1. Di bahagian Me tab, klik Live Streaming



2. Klik create streaming. Seterusnya add cover photo, title, description dan related products




3. Pilih preferred products untuk dijadikan featured produk dalam live stream korang. Hanya 1 produk je boleh dijadikan featured produk time live.




4. Klik ikon 'shopping bag' untuk tunjukkan feature produk korang




5. Klik Go Live dan korang dah ready to go live!




Tools penting shopee live



1. Shopping bag icon: paparkan feature products masa live

2. Voucher icon: korang sebagai host boleh share voucher masa live

3. Comment icon: Ruang komen

4. Arrow icon: korang boleh share livestream dekat platform lain (e.g. Instagram, Whatsapp, Facebook etc.)

5. Smiley face and Camera icons: Ni korang tahu guna dia untuk apa


Shopee Live Stream Tamat 

Once live dah tamat, klik je butang pangkah kat hujung tu. Korang boleh tengok analisis masa korang buat live tadi. Antara info yang kornag boleh tengok:


  • Berapa ramai yang view live
  • Duration livestream
  • Berapa orang yang like livestream




Amalan Terbaik Shopee Live Streaming


1. Ade tema or penceritaan tersendiri

Create story untuk kaitkan bakal pembeli dengan produk berbanding menjual semata-mata. Ikut kreativiti masing-masing. Ada yang buat flash sales, unboxing, tips & tricks, recipes dan lain-lain. Gunakan kreativiti korang yang hebat tu!

2. Engage dengan bakal pembeli

Actively engage dengan penonton. Jawab persoalan mereka on the spot time buat live. Tak pasal-pasal terus masuk order.

3. Bagi details dan information

Explanation kena la jelas dan simple so that penonton mudah faham ape yang kornag cuba sampaikan. Lebih mudah nak covert tau!

4. Offer discounts dan promotions

Bagi la limited time dan livestream exclusives vouchers untuk para penonton.

5. Ceria dan manusia

Senyumlah. Kita kan tengah cakap depan orang (biarpun takde orang tengok live kita). Engage dengan mereka, tanya soalan, jawab soalan etc. Lagi lama dorang stay tonton live stream kita, lebih tinggi peluang nak convert or jadi follower setia kita.

Nota: Shopee Live Streaming ni dimonitor ye. So sebaiknya kawal diri dan perasaan. Korang boleh tengok Shopee Live Streaming guidelines kat sini

Semoga apa yang dikongsikan ni bermanfaat untuk korang semua. Kalau ada soalan, tulis kat ruang komen di bawah. Kalau rasa artikel ni bermanfaat, share lah ok supaya lagi ramai dapat manfaat!

Thanks!

3 Comments

  1. Trima kasih sis.. sis sgt membantu moga awk di murahkan rezeki.. sy nak tau mcam org nak locked brang kita? Adakah pyment nt msuk kt acc shopee atau personal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. duit tu shopee akan hold dulu. bila customer dah dapat barang dan tekan 'terima' barulah duit akan masuk ke shopeepay akaun seller. Nanti seller boleh transfer ke bank masing2. Rasanya ada limited 4 kali kot sebulan xsilap

      Delete
  2. contoh saya jual baju bundle secara live tapi bayaran dilakukan di luar shopee so adakah ia boleh? Saya belum pernah guna shipping shoppe untuk barang yang di lock live

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post