Shopee X J&T Express Free Shipping Program ni satu JV baru di antara Shopee dan J&T Express. Korang boleh ship out parcel secara percuma sehingga 3kg. Buat masa ni Free Shoping program ni hanya applicable untuk semenanjung Malaysia sahaja dulu.

Cara dia? Sama je macam mereka yang dah join free shipping program Poslaju. Korang just perlu prepare parcel, print consignment note dan drop-off ke J&T Express. Lain-lain tu J&T yang akan setelkan.

Berbaloi ke Join Free Shipping Program dari J&T Express ni?


Update: Baca Review Saya Tentang Shopee X J&T Free Shipping Program

Honestly, saya belum pernah join. Baru nak try apply. But dengar feedback dari rakan-rakan, servis J&T Express ni bagus dan cepat. Lagipun operating hour J&T Express ni seawal jam 8 pagi sehingga 8 malam.

So kalau korang rasa nak cuba, takde masalah pun dan jika korang dah join Poslaju punya free shipping program, korang still boleh join J&T Express. Takde masalah. Lagi banyak option lagi bagus.



Tambah-tambah kalau rumah korang dekat dengan office J&T Express. Salah satu faktor saya decide nak join adalah sebab tempat drop-off dia dekat dengan rumah.

Tengok: Senarai drop-off J&T Express

Selain tu, macam yang saya cakap kat atas, korang boleh ship out parcel sehingga 3kg secara percuma untuk semenanjung Malaysia. Jika parcel korang lebih berat dari tu, J&T boleh cover sampai 50kg mengikut kadar yang ditetapkan.

So sama juga macam courier service yang lain, selain boleh check di sistem shopee, J&T Express pun ada sistem mereka sendiri untuk memudahkan korang track & trace pergerakan parcel.

Tengok: J&T Express Track & Trace

Cara Daftar J&T Free Shipping Program

Update: Dah tak perlu daftar. Semua seller layak dapat free shipping program under J&T Express. Dengan syarat, aktifkan toggle di bahagian my shipping.


Korang just klik butang dibawah dan daftar secara percuma. Walaubagaimanapun, pemilihan samaada korang berjaya untuk join program ni atau tidak bergantung kepada pihak J&T sendiri sebab mereka tapis juga siapa yang boleh join. Once berjaya, korang akan dapat notifikasi di shopee.

Daftar J&T Free Shipping Program


Bagi yang berminat, sila lah daftar. Sebagai seorang entrepreneur, jangan takut untuk mencuba satu benda baru. Just take action.

Jika korang dah selesa dengan courier sedia ada pun takde masalah. Teruskan usaha. Semoga artikel ini memberi manfaat untuk korang. Rajin-rajin tinggalkan komen jika ada sebarang persoalan. Thanks!

3 Comments

  1. เว็บรีวิวสินค้า ที่ก่อตั้งขึ้นด้วยเจตนา ที่ไม่อยากเห็นผู้บริโภค หรือ ผู้ซื้อสินค้าประเภทต่างๆ ถูกเอารัดเอาเปรียบ ด้วยเหตุผลต่างๆนาๆ ไม่ว่าจะเป็น รูปแบบของสินค้า ที่ไม่ตรงตามภาพ หรือ การบริการที่ดีและไม่ดี ทำให้คุณมีสิทธิเลือกสินค้า ได้เพิ่มมากขึ้น

    kjdoo

    vivafreshpasta.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post