Pendaftaran

Lazada: Untuk mendaftar menjadi seller di lazada, korang perlu upload salinan ssm, kad pengenalan dan mengambil masa beberapa hari untuk approve. Kena register sebagai buyer dan seller secara berasingan.

Shopee: Boleh daftar menggunakan acc media sosial seperti facebook. Dengan beberapa klik sahaja korang sudah mendaftar. Akaun buyer dan seller didaftarkan sekali. Jimat masa !

Seller mobile app

Lazada: Dua apps yang berasingan. App seller (Nama: Seller Center) hanya boleh digunakan setelah pendaftaran korang sebagai seller telah diluluskan.

Shopee: Dalam satu app yang sama.

Listing item

Lazada: Boleh menggunakan laptop / web browser atau app mobile. Perlu tunggu approval. Boleh upload item secara bulk. Wajib isi ruangan berat dan dimension product untuk shipping (kos pos ditanggung lazada)

Shopee: Boleh menggunakan laptop atau app. Kebanyakan barang tak perlu approval. Boleh upload secara bulk. Wajib isi ruangan berat jika telah join free shipping program (free poslaju bawah 5kg semenanjung, 1 kg sabah/sarawak).


Fees

Lazada: Ada. Antara 2% - 7% bergantung kepada kategori.

Shopee: FREE. 100% milik korang (Latest update, shopee ade charge dalm 1-3%). Dah tak free sepenuhnya.

Payment

Lazada: Automatic masuk akaun bank seller mengikut jangkamasa ditetapkan oleh pihak lazada. Kita tak boleh control.

Shopee: Automatic transfer ke akaun bank seller setiap hujung bulan .Boleh juga request untuk manual withdraw dari shopee wallet secara percuma 3 kali dalam seminggu. Shopee wallet boleh juga digunakan untuk beli barang dalam shopee.

(Latest update: Shopee wallet dah tak boleh buat beli barang. Sekarang kena guna ShopeePay untuk membeli. Shopee wallet tu untuk simpan duit sales je).

Nego harga

Lazada: harga tetap dan buyer tak boleh nego

Shopee: Buyer boleh nego harga di ruangan chat. Walaubagaimanapun, seller boleh off kan fungsi nego di setting.

Chat

Lazada: Ada. Baru diperkenalkan bulan lepas.

Shopee: Ada. Ada chat rating perlu dijaga.

Promotion

Lazada: Boleh join kempen2 yang dilancarkan. Biasanya akan diberitahu melalui app beberapa hari lebih awal.

Shopee: Boleh join kempen2 yang dianjurkan juga. Kena selalu semak dekat bahagian ‘marketing center’ kalau nak join. Juga boleh buat ads macam Google adwords.

Harap belajar sesuatu dan semoga bermanfaat 😊

Korang nak belajar secara serius buat duit di kesemua platform e-commerce? Boleh rujuk panduan Channel X Pro. Panduan lengkap untuk bagi yang nak mula berniaga online.

Previous Post Next Post