Berniaga ni perlukan pengorbanan! Kalau takde cabaran bukan bisnes namanya. Posting kali ni saya ingin kongsikan antara 4 isu yang paling kerap ditanya berkenaan aktiviti menjual di Shopee.

1. RAMAI SELLER MAIN HARGA

Tiada istilah seller ‘main harga’ atau jual produk yang sama. Ini kerana kebiasaannya, ia bukan masalah harga tetapi isunya ‘di mana anda mendapatkan produk atau dimana anda memasarkan produk‘.

Kalau anda dapatkan produk di Malaysia, harganya tentulah dalam lingkungan yang lebih kurang sama dengan seller yang lain. Namun jika anda boleh dapatkan produk dari luar contohnya China, tentu sekali kos lebih murah.

Masalah main harga ni boleh di atasi jika anda tahu strategi harga yang betul. Dan lebih penting lagi, anda kena tahu siapa bakal pembeli yang "mampu" membayar produk yang anda bakal jual.

2. TAKDE MASA NAK BUAT BISNES

Jika anda masih bekerja namun maka sememangnya artikel ini untuk anda! Ini kerana saya sememangnya ‘target’ kepada orang yang masih bekerja dan ingin mencari pendapatan tambahan.

Laman jualan online seperti Shopee amat mudah dikendalikan dan anda hanya perlu menggunakan aplikasi handphone untuk menguruskan pesanan anda.

Malah jika anda menggunakan konsep dropship, maka ia lebih mudah kerana pihak supplier anda yang akan menguruskan pesanan dan membuat penghantaran.

3. TAK BERANI & TAK TAHU NAK MENJUAL SECARA ONLINE

Sejujurnya, saya sendiri tiada jawapan bagi ‘tidak berani’ membuat jualan secara online. Namun begitu, pepatah inggeris ada menyebut..

“A Long Journey Start With A Single Step!”

Jika anda tidak melakukan langkah pertama, maka anda tidak akan ke mana. Just mula je dulu. Try and error. Kalau memang takde idea langsung, follow je posting-posting di blog ni berkenaan cara menjual di shopee, insyaAllah akan ade sinar untuk anda. Anda boleh je dapatkan ebook percuma dari saya cara menjual di shopee secara percuma.


4. TAKDE PRODUK NAK JUAL

Takde produk pun boleh menujal di shopee dik. Salah satu caranya dengan menjual produk orang lain. Join je mana-mana program atau supplier yang offer dropship. Bila dah register, iklan kan terus produk mereka di shopee.

Kelebihan buat dropship di shopee ni, anda tak perlu simpan stock. Shipping pun supplier yang buat.
Tugas anda hanya upload produk di kedai shopee sendiri, boost iklan atau nak lebih advanced guna My Ads Shopee supaya iklan anda tu mengungguli carta carian pelanggan.

5. TAK TAHU NAK CARI SUPPLIER

Mudah. Search je kat Google.com. InsyaAllah confirm jumpa. Biasanya untuk jadi dropship ni ada sesetengah supplier kenakan bayaran. Tapi ade je yang offer free. Bergantung pada nasib lah kan.

Cumanya anda jangan putus asa.

Kalau anda takde masa nak search dan nak short cut cari supplier, di sini saya kongsikan beberapa supplier yang trusted untuk anda. Mereka ada lebih dari 600 hingga 50,000 produk dan mostly ready stock.


  • [message]
    • PELABURAN PERNIAGAAN
      • Ada orang yang rasa nak spend duit untuk mulakan bisnes ni tak best. Tapi dia kena ingat, ada puluhan ribu orang yang sanggup laburkan sedikit wang untuk return yang berpuluh kali ganda. Kata pun orang bisnes. Investment tak boleh lari.

Post a Comment

Previous Post Next Post