Tutorial kali ni saya nak share dengan korang cara untuk apply shopee free shipping program. Kenapa saya buat tutorial ni? Sebabnya bende ni bagus untuk korang yang nak buat bisnes di shopee dan teringin sangat nak save cost shipping.

Orang bisnes opkos bijak kira-kira. Selagi boleh cut kos, lagi bagus 😉

Once korang dah join, shopee akan tanggung kos shipping bakal customer korang (bersyarat). Selain tu, kelebihan untuk korang jugak di kaca mata customer sebab kedai korang offer free shipping.

Shopee ada buat kajian, ade 3 faktor penyumbang kepada peningkatan sales bagi sesebuah kedai di shopee dan salah satunya icon hijau 'free shipping'.

So dengan korang join FSP ni, secara tak langsung korang dah dapat free marketing dari shopee.

Proses mohon shopee free shipping program



Step 1: Daftar


Step 2: Isi segala maklumat

Kat sini ada 3 soalan. Soalan first dia mintak bila korang ready untuk diaktifkan akaun. Dia ada bagi pilihan. Pilih je tarikh terdekat. Apa ada hal.

Lepastu, taip username shopee korang. Username ni bukan nama kedai tapi nama yang tertulis dalam korang punya profile. Kalau tak tahu nak cari jugak, korang pergi bukak page kedai korang kat shopee then tengok address ni https://shopee.com.my/username

Yang hujung tu la username kedai korang. Jangan salah bagi pulak. Nanti ntah kedai sape dapat free shipping program tu.


Soalan last, lokasi tempat korang berniaga. Senang cerita, letak je negeri mana korang tinggal.

Step 3: Baca terms and conditions

Membaca tu kan jambatan ilmu. At least korang ade kefahaman lebih apa yang korang bakal enroll ni.

Step 4: Tick je dekat acknowledgement 

Bermakna korang dah faham kesemuanya dan dah ready untuk submit secara rasmi.

Step 5: Tekan butang submit

Selesai. Itu je proses dia. So lepas ni just tunggu notification kat dalam korang punya phone pasal permohonan ni.

Semoga posting ni memberi manfaat untuk korang especially yang serius nak belajar bisnes di shopee. Kalau korang nak tahu details pasal shopee free shipping program ni, boleh baca artikel-artikel berkaitan di bawah.

Terima kasih!
Previous Post Next Post