Selepas dah selesai create account shopee, tiba lah masanya untuk anda update segala information yang diperlukan. Dan yang paling penting of course lah maklumat bank!

Bang, konsep kedai ni macam mana? Nak letak campur-campur produk atau specific niche?
KONSEP KEDAI

Bende ni bergantung kepada strategi korang. Walaubagaimanapun, mengikut pendapat otai-otai dan preferred seller di shopee, mereka galakkan kedai anda ada banyak produk. Contohnya:

  • Kedai gadget - smartwatch, earphone, casing iphone 7, speaker
  • Kedai Slimming - produk slimming evocut, video exercise, slimming belt, alat senaman
  • Pakaian wanita - Jubahsouq, telekung siti khadijah, baju kurung, tudung, anak tudung
Sometimes, ade je yang campur-campur niche. Contohnya mereka campur dalam satu kedai shopee tu ada produk slimming dan pakaian wanita. So untuk menjawab soalan di atas, ikut kemampuan anda. Saya cadang anda buat 1 niche dulu. Bila dah nampak rentak dalam shopee, sales pun dah menderu-deru masuk, boleh cuba tambah niche lain. Kalau nak buat niche lain tu di kedai satu lagi pun cantik. Mana-mana pun boleh.

NAMPAK PROFESIONAL

Lagi satu, tampilkan kedai shopee anda supaya kelihatan profesional. Paling basic, cuba letak nama kedai yang nampak keseriusan anda nak berniaga. Perspektif pelanggan berbeza ya bila dia visit kedai "Cikya Shop" dengan Viesta Boutique". Begitu juga dengan logo atau gambar profile kedai.

Bila pelanggan yang singgah nampak semuanya cantik tersusun dari segi gambar, bahasa dan lengkap info asas, secara tak langsung dapat mempengaruhi customer. Semoga posting ni bagi idea untuk anda decide apa jenis niche yang bakal kedai shopee anda jual.

Good luck!

Post a Comment

Previous Post Next Post