Macam mana nak start menjual di Shopee?

Ramai yang tertanya-tanya cara menjual di Shopee. So hari ni saya akan kongsikan sedikit info untuk menjawab soalan di atas.

Syarat Asas

  1. Ada produk yang nak dijual
  2. Ada no telefon
Secara asasnya, asalkan anda mempunyai produk untuk di jual, anda dah lepas syarat pertama. Sekali lagi, kena ada barang yang nak dijual dulu. Barang atau produk yang nak dijual boleh jadi barang baru ataupun preloved. Takde masalah. So anda kena maklum lah dalam description yang produk tu produk secondhand. Kalau nak tengok antara produk yang dilarang dijual di shopee, boleh tengok di sini.

Untuk buka akaun Shopee, anda memerlukan nombor telefon. Secara mudah,

1 no telefon untuk 1 akaun shopee

Ada sesetengah seller, dia tak berminat nak guna no telefon peribadi untuk tujuan bisnes. So apa yang anda boleh buat, beli simcard murah. Macam saya, saya guna simcard tunetalk. Saya topup RM5-10 je. Lepas tu saya topup lagi RM10 untuk subscribe validity untuk setahun.

Buka Akaun Shopee

Anda boleh terus ke website shopee. Klik di sini untuk daftar akaun. Tengok di sebelah kanan atas. Ada tulis Sign-Up. Seterusnya isi segala maklumat yang diperlukan.

* Lepas dah isi phone number, klik send verification code. Sistem shopee akan send nombor pengesahan pada nombor telefon yang baru je anda masukkan. Check dalam masej. Bila dah dapat nombor pengesahan shopee, key-in ke ruang seterusnya.

Bila dah selesai semua ni, anda dah pun ada akaun shopee. Seterusnya, apa yang perlu anda lakukan? Saya mencadangkan anda upload je produk terus. Nantikan posting saya yang seterusnya!

Post a Comment

Previous Post Next Post