Maybank Anytime, Everyone (MAE) - Maybank e-wallet |
CIRI-CIRI MAE MAYBANK E-WALLET
Pembayaran Menerusi QR Code
Cashless! Lepas ni anda hanya perlu scan QR Code je untuk membuat pembayaran. Tapi pastikan ada duit di dalam akaun Maybank ye! Sebelum tu, sila lakukan tetapan atau setting untuk tetapkan had limit transaksi.
Cara Setting Had Limit Transaksi
- Klik logo M di bahagian bawah sebelah kanan
- Pilih akaun atau kad kredit untuk QRPAY
- Tekan Agree & Proceed
- Tetapkan limit penggunaan untuk QRPAY
Penetapan had limit transaksi MAE Maybank E-Wallet |
Cara Buat Pembayaran Menggunakan MAE
Langkah 1: Pilih “Money Out” kemudian pay with QR
Money out dan pilih Pay with QR |
Langkah 2: Imbas QR code
Kredit gambar: Lowyat.net |
Langkah 3: Masukkan nilai yang ingin di bayar
Kredit gambar: ering | Pembayaran menggunakan QR Code |
Langkah 4: Kemudian transaksi sudah berjaya
Split Bill - Bayar Asing-Asing
Pasti anda selalu mendengar ayat ini
kau bayarlah dulu, nanti aku bayar balik, tak ada cash ni
Namun akhirnya, anda sahaja yang membayar bil tersebut. Namun itu boleh ditangani melalui MAE. Anda boleh membahagikan wang pembayaran bersama rakan atau kenalan anda.
Menerusi ciri ‘Split Bill’ ini, rakan anda akan mendapat notifikasi pembayaran. Ia sekaligus akan memaksa rakan anda untuk membayar bill tersebut.
Cara Guna Split Bill
- Anda perlu klik pada money in
- Pilih Split Bill
- Pilih rakan yang anda ingin berkongsi pembayaran bil tersebut.
Pembayaran secara split bill |
Anda boleh melakukan pembayaran sama ada secara sama rata (equally) atau berasingan (separately). Bagi separately, anda boleh memasukkan nilai yang ingin dibahagikan antara teman anda.
Kiri: Equally dan Kanan: Separately -Split Bill MAE Maybank |
Pelbagai Fungsi
Antara fungsi lain yang disediakan di dalam MAE Maybank |
Anda juga melakukan pelbagai transaksi lain seperti membayar guna QRPay, membayar bil, menghantar duit, melakukan tambah nilai pada prepaid, membeli tiket wayang dan membeli tiket kapal terbang. So update Maybank apps sekarang untuk nikmati kemudahan MAE. Selamat mencuba!
Sumber: ering
Editor: Tukang Taip
Post a Comment