Ingin membuat penghantaran untuk perniagaan online anda atau menghantar pakej kepada keluarga dan rakan-rakan di luar negara? Dapatkan Flexipack International untuk penghantaran lebih mudah dengan harga menarik.

Anda hanya perlu membeli kotak atau sampul prabayar Flexipack International, masukkan barangan anda dan poskan di mana-mana cawangan pejabat pos.

Harga baru bagi Flexipack International di bawah akan berkuatkuasa pada 1 May 2019:


Kelebihan menggunakan Flexipack International

  • Tiada penghantaran minimum. Ada satu order pun boleh hantar
  • Tidak perlu simpan stok flexipack international di rumah
  • Sampul beserta dengan bubble wrap
  • Boleh track pergerakan secara online (beli label Pos Daftar atau label Tracked)

Baca: Apa yang anda perlu tahu mengenai pos daftar

Keburukan menggunakan Flexipack International


  • Perlu beratur di pejabat Pos Malaysia untuk menghantar barang. Tiada khidmat mengambil barang flexipack international dari pejabat atupun rumah
  • Stok flexipack international terhad. Perlu hubungi pejabat pos malaysia yang berhampiran bagi memastikan stok flexipack international ada ataupun tidak
  • Bayaran dikenakan tidak mengikut berat sebenar. Sekiranya berat 110 gram anda perlu bayar harga untuk maximum berat 150 gram.
  • Saiz sampul atau kotak tidak flexibel. Sekiranya barang dengan berat 400 gram tetapi tidak muat untuk plastik saiz M, perlu bayar untuk saiz L(sekiranya muat).
  • Tracking number perlu ditaip satu-satu untuk di kemas kini di laman sesawang ataupun marketplace. Kurier lain menawar fail dalam bentuk excel ataupun pdf dimana hanya perlu salin dan tampal
  • Tidak sesuai untuk order yang banyak. Flexipack international tidak menawarkan pengurusan sistem order dalam bentuk fail excel

Jualan Flexipack International

  • Cawangan Pos Malaysia
  • eziEmall.com

Baca: Cara lebih mudah membeli Flexipack International
Baca: Soalan Lazim Berkenaan Flexipack International

Previous Post Next Post