Lambat respon punca customer lari |
"Lambat je reply komen, pelanggan lari.."
Ni la antara masalah yang paling biasa berlaku dikalangan peniaga online. Kalau kita sebagai pembeli pun akan buat bende yang sama juga.
Ehh..Lambat betul la seller ni respon. Aku ade banyak kerja pulak nak buat lepas ni..Mesej seller lain lah.
Yelah, walau kita ni seller sepenuh masa pun bukan setiap masa buka facebook. Mana yang sempat je kita entertain. Macam saya sebelum ni. Percayalah customer-customer saya biasa akan komen time dah habis waktu kerja. So waktu saya tengah tempuh jam, waktu tu la banyak komen suruh pm pm. Mana nak sempatnye reply semua! Lagi-lagi hujung minggu. Time tu la nak spend masa dengan family.
Bila dah ada masa nak reply, masing-masing pun dah krik..krik...
SOLUSI
Solusi lambat reply = kasi cepat reply
ROBOT AUTO REPLY
Untuk mengelakkan pelanggan lari sebab anda lambat reply komen, better guna robot je. Robot ni akan:
- auto like prospek komen
- auto invite like page anda
- auto reply komen
- auto pm prospek
So tak perlu lagi bazirkan banyak masa untuk reply komen atau follow up prospek satu per satu secara manual. Orang kata, kalau sayang, tinggal-tinggalkan! Hahakkk! Tak perlu risau lah time traffic jam ke, bercuti ke, tengah tido ke, semuanya akan dibalas oleh robot as soon as possible. Kita relax, customer tak tertunggu-tunggu, sales pun masuk. Win-win situation
FACEBOOK AUTO REPLY
Selain tu, in case prospek pm anda di messenger, sila lah setup atau guna fungsi auto reply yang sedia ada di facebook. Fungsi ni percuma cumanya ianya tidak begitu dinamik dan hanya akan di trigger jika prospek pm facebook page. Kalau prospek komen di posting memang tak jadi apa la. But still ok. Takde lah buat customer tertunggu-tunggu kalau dia pm.
MENJUAL DI ECOMMERCE
Akhir sekali, masuk line ecommerce macam Shopee dan Lazada. Nak menjual ni jangan hanya bergantung pada 1 platform je. Luaskan market anda. Cuba pula di platform edagang. Segalanya automatik. Ada sales baru dapat notifikasi dan proses order.
Semoga ianya bermanfaat
Baca: 7 Sebab Anda Perlu Menjual di Shopee
Post a Comment