Bagi mereka yang ada beberapa akaun ebay, perisian inkfrog mungkin sesuai untuk menguruskan kesemua akaun ebay anda.
Gambar dibawah menunjukkan contoh jualan bagi kesemua akaun ebay. Sekiranya ingin melihat jualan bagi satu akaun ebay, klik di filter orders dan pilih akaun mana yang anda ingin lihat.
Di paparan Dashbord (lihat nombor 1) akan menunjukkan statistik jualan untuk hari ini, semalam, 7 hari lepas, 30 hari lepas dan 90 hari lepas.
Anda boleh filter lihat mengikut matawang di laman ebay yang anda jual dan mengikut akaun ebay.
Untuk fungsi Live (lihat nombor 2) akan menunjukkan kesemua listing anda yang masih aktif di ebay.
Dengan fungsi Scheduled (lihat nombor 3), anda boleh buat listing pada hari ni dan boleh pilih bila listing anda dipaparkan ke ebay tanpa caj tambahan.
Untuk makluman sekiranya anda menggunakan fungsi ini di ebay.com, caj $0.10 USD akan dikenakan bagi setiap listing pada masa artikel ini ditulis.
Sekiranya anda mempunyai pekerja, anda boleh tambah user di fungsi setting (lihat nombor 4).
Boleh dipilih samada pekerja anda boleh buat listing sahaja, ataupun boleh lihat jualan sahaja ataupun boleh mengakses penuh fungsi di inkfrog bergantung kepada keperluan semasa anda.
Salah satu kelebihan inkfrog adalah sekiranya anda buat listing di akaun ebay A di ebay USA, kemudian listing yang sama anda boleh list kan di akaun ebay B di ebay UK. Hanya beberapa klik sahaja semuanya sudah selesai.
Salah satu kekurangan inkfrog adalah tiada fungsi muat turun jualan dalam bentuk file csv excel. Kegunaan file csv excel adalah untuk menguruskan penghantaran jualan.
Kebiasaannya syarikat kurier menyediakan sistem dimana pengguna boleh memuat naik kesemua jualan dalam bentuk file excel ke sistem mereka.
Dan selepas memuat naik, pengguna akan dapat label untuk ditampal kebungkusan yang hendak dihantar seperti gambar di bawah.