Ramai yang pening tidak tahu nak jual barang apa di eBay. Untuk penjual baru mungkin boleh ambil idea dari artikel ini.
Strategi untuk menjual alat tulis ni main volume.

Untung sedikit tetapi dijual dalam kuantiti yang banyak. Sudah tentu kalau 2 ataupun 3 jenis alat tulis sahaja yang dijual memang untungnya sedikit.

Deal dengan supplier


Salah satu cara untuk menjual alat tulis adalah dengan banyak adalah berunding dengan supplier. Minta kebenaran dengan supplier untuk mengambil gambar dahulu kemudian jual di eBay.

Beritahu sahaja supplier nak jual barang secara dalam talian. Skil berunding dengan supplier ni biasanya dari pengalaman ataupun dengan belajar dengan orang yang berpengalaman.

Jika supplier itu memberi kerjasama yang baik, anda akan diberitahu barang mana yang tengah ada diskaun. Barang mana yang sudah tiada stok lagi selepas ini. Informasi ini yang penting.

Lubuk supplier


Jika tidak jumpa supplier jangan risau. Shopee kan ada. Untuk permulaan jadikan Shopee sebagai sumber supplier.

Selepas sudah lama dan keyakinan sudah tinggi disebabkan barang sudah banyak terjual, cari supplier. Ini adalah salah satu faktor untuk bertahan lama di eBay.

Sekarang jom tengok alat tulis yang sudah terjual di eBay dan ianya dijual oleh penjual dari Malaysia. Anda boleh cari barang ini di Shopee ataupun di kedai alat tulis yang berhampiran.

Contoh disini marker Stabilo Boss yang laku di eBay dan boleh dibeli di Shopee.



Selain itu, Stabilo Swing Cool juga laku di eBay. Boleh lihat harga yang laku di eBay dan berapa harga yang boleh dibeli di Shopee.



Gam UHU pun laku juga di eBay!



So, tentu anda dah dapat idea barang apa yang nak dijual kan? Barang ini boleh dihantar menggunakan khidmat Pos Malaysia. Boleh beli secara dalam talian.

Jual barang online, beli barang pun online juga.

Baca: Order Flexipack International online


Untuk dapatkan ilmu tentang cara-cara menjual di eBay dengan lebih advance sila klik pautan dibawah


Previous Post Next Post