Alhamdulillah. Permohonan untuk join J&T Express under shopee free shipping program dah berjaya. Kalau tak silap saya, ade la dalam 3 minggu lepas buat permohonan baru terpilih.

Update: Kini J&T Express boleh digunakan oleh semua seller. Tak perlu daftar.

So selepas sebulan lebih guna J&T Express, dari segi operasi dan penghantaran, saya memang berpuas hati.

Ni review saya untuk servis J&T Express


Harga @ rate


Mulai 1 ogos 2019, J&T Express dah naikkan fee mereka dari RM4.03 ke RM4.13. But still yang paling murah antara yang lain.

Update: Ninja Van lebih murah!

Waybill


Lebih simple berbanding Poslaju. Just perlu print 2 copy (1 helai kertas A4). Poslaju kena print 4 copy (2 helai A4). Jimat sehelai kertas.

Update: Poslaju pun dah update. Just perlu print 2 copy jugak macam J&T Express. Cayalah!

Urusan kaunter


Bila dah siap packing barang, selitkan waybill dan hantar ke kaunter. Cakap drop-off then terus mereka terima. Kalau di Poslaju, kena isi borang PL9. J&T Expresss tak perlu isi apa-apa borang.

Penghantaran


Boleh cakap agak pantas.

Operating hour


Ini antara faktor kenapa saya pilih J&T Express. Mereka ni start bukak kaunter seawal 8 pagi. Tutup 8 malam. Dan lagi best, mereka beroperasi 365 hari. Ahad pon bukak! Awesome kan!


J&T Express VS Poslaju


Sometimes, tak boleh nak compare sangat free shipping program antara J&T Express dengan Poslaju. Masing-masing ade kelebihan.

J&T Express murah maybe sebab program ni support untuk 3kg ke bawah je. Poslaju support 5kg. Nampak tak beza kat situ. So kalau korang punya barang memang lebih berat dari 3kg, guna Poslaju. Kalau ringan dari 3kg, J&T Express memang sesuai untuk bisnes korang.


Kesimpulan


Alhamdulillah, pengalaman saya dengan J&T Express belum pernah mengecewakan dan sememangnya terbaik.

Itu je review saya untuk syarikat courier baru ni. Bagi korang yang belum join, cuba lah. Tak rugi pun. Boleh rujuk posting saya yang ni.

Thank you!

Post a Comment

Previous Post Next Post