Saya berminat sangat nak buat bisnes di eBay ni tapi tak tahu nak mula dari mana.
Saya menerima soalan seperti ini setiap hari di inbox messenger saya. Saya tak stress mana pun. Cumanya kadang-kadang saya memang tak sempat nak reply sorang-sorang.
Saya faham situasi newbie. Sometime bukan mereka tak tahu nak mula cumanya mereka ni perlukan satu "push factor" dan tak rasa confident untuk take action.
And sometime otak mereka dah "overload" maklumat. Baca situ baca sini. So terus stuck!
Antara soalan lain yang kerap saya dapat:
So untuk menjawab soalan utama ni, anda boleh baca artikel ni banyak kali sampai faham dan terus take action.
Diharap ia dapat membantu para newbie untuk lebih faham cara nak start bisnes di eBay.
Perkara Asas Sebelum Berniaga di eBay
Untuk memulakan bisnes di eBay, anda perlu ada 4 perkara asas seperti di bawah:
1. Laptop
Ini merupakan benda paling asas yang anda perlu ada.
Laptop biasa-biasa pun tak mengapa. Asalkan boleh connect dengan internet.
2 Internet
Kalau ada laptop takde internet, boleh buat main solite je lah. So anda wajib ada internet. Anda boleh guna unifi and streamyx sendiri.
Tidak digalakkan menggunakan wifi public seperti di Mcd atau di kedai mamak bistro.
3. Kad debit/ Kad kredit
Anda perlu ada kad debit atau kad kredit. Salah satu. Biasanya tak ramai yang ada kad kredit. Kad debit tentu ada kan?So boleh guna asalkan ada logo master/visa.
Kad ini penting untuk anda daftar di paypal untuk withdraw duit ke akaun bank anda.
Selain itu, ia juga digunakan untuk membayar seller fees di eBay apabila berjaya menbuat jualan di eBay.
Senarai bank yang boleh digunakan untuk membuat akaun ebay dan paypal adalah
- Maybank
- Ambank
- RHB
- Public Bank
- Hong Leong Bank
4. Modal Pusingan
Bisnes di eBay ni percuma. So anda tidak perlu keluarkan apa-apa kos untuk membuka akaun di eBay.
Modal yang perlu anda ada adalah subjektif dan ianya sangat bergantung pada jenis barang yang anda bakal jual.
Modal pusingan di sini bermaksud kos yang anda akan keluarkan untuk membeli produk yang laku setelah membuat "research" di eBay.
Perlu di ingat, sebagai newbie atau memiliki akaun yang baru, pihak eBay akan "hold" duit anda hasil jualan yang berjaya dari masuk ke akaun paypal anda.
So anda perlu dulukan duit sendiri untuk membeli barang yang anda jual beserta kos penghantaran sekali.
Itu lah serba sedikit informasi 4 perkara yang perlu anda prepare sebelum memulakan bisnes di eBay.
Walaupun nampak simple, insyaAllah ianya sudah cukup untuk anda memulakan bisnes ini.
So, sila take action dan prepare kesemuanya ok! Seterusnya apa yang apa perlu lakukan?
Baca Part 2: Jenis Akaun yang Wajib Ada Untuk Start Menjual di eBay