Macam nak jadi orang berjaya? Jom saya kongsikan 7 tips untuk berjaya oleh Datuk Dr Hussamuddin Yaacub iaitu Pengerusi Karangkraf.

1. Konsisten atau istiqomah 

Tips yang pertama adalah be consistent. Maksud consistent kat sini adalah, korang buat sesuatu perkara tu secara istiqomah atau berpanjangan.

Contohnya, setiap kali bangun pagi, korang ucap Alhamdulillah sebelum turun dari katil. Buat habit ni setiap hari sehingga boleh jadi habit yang kekal.

When you make a commitment to taking these simple actions each day, you will move forward with confidence, in the direction of your dreams.

Lagi satu, lakukan sesuatu secara konsisten sehingga berjaya. Orang barat cakap "do one thing until success". Bermaksud, buat sesuatu tu sungguh-sungguh sehingga berjaya.


Pakcik Bruce lee cakap;

Aku lebih takut seseorang yang expert dalam 1 tumbukan yang dia berlatih berpuluh ribu kali berbanding opponent yang tahu 10k tumbukan tapi praktis sekali je.

2. Disiplin



Disiplin kat sini bermaksud, korang komited dengan apa yang korang dah plan nak buat. Dato Dr Hussam sangat concern tentang disiplin masa. Beliau menguruskan masa sebaiknya dan hanya memberi masa kepada siapa yang dia nak.

Bukan kerana memilih, tapi sebab Dato dah allocate masa yang ada sebaiknya dan tak nak buang masa dengan benda-benda yang boleh distract dari rancangan yang telah dibuat.

Kita biasa dengar ayat ni

Jika anda gagal untuk merancang, anda telah merancang untuk gagal

Kita tambah ayat ni pulak

Jika anda tak merancang, anda akan termasuk dalam perancangan orang lain.

Antara tokoh lain yang mempunyai cara yang sama adalah founder facebook, Mark Zuckerberg yang sentiasa merancang 3-6 bulan yang akan datang.

Sibukkan diri dengan apa yang telah kita rancangkan so that kita boleh capai apa yang kita impikan. So macam mana nak mula belajar berdisiplin untuk merancang?

Mulakan rancangan untuk improve diri. Korang boleh menggunakan aplikasi google calendar. Plot terus dari sekarang apa yang anda nak capai. Bila tak full, terdapat banyak ruang untuk orang pergunakan masa kita.

3. Bertindak tanpa bertangguh



Rasulullah SAW dapat wahyu, terus baginda sampaikan kepada para sahabat AS. Takde tunggu-tunggu. Bak kate orang melayu, always in execution mode.

Mode yang sentiasa get ready

Saya recommend untuk korang baca buku eat that frog pasal cara nak handle sikap bertangguh-tangguh ni.

Buku ni santai dan sangat menarik! Kalau tak silap versi bahasa melayu pun ada di kedai-kedai buku tempatan.

4. Kena always ada keputusan dan data



Bila kita buat kerja, buat kerja dengan berpandukan fakta dan angka. Bukan sembang semata-mata tapi bila tanya outcome, menggoreng tanpa data yang meyakinkan.

Setiap tindakan perlu diperincikan dan "measurable" agar mudah nak buat penilaian atau audit samaada mencapai objek atau tidak.

5. Ada team yang betul



Mula untuk cari orang kanan. Kalau nak berjaya kena ada team. Contohnya Rasulullah, ade team asyura yang hebat sebagai contoh Abu Bakar, Ummar Al-Khatab, Othman, Ali, Abu Hurairah, Abdul Rahman Bin Auf.

Kesemua mereka mempunyai personaliti dan kelebihan yang berbeza-beza namun mempunyai matlamat yang sama.

6. Lower your expectation



Sebagai orang Islam, kita kena faham segala apa yang berlaku adalah atas keizinan Allah SWT. Tapi zaman sekarang, ada sesetengah golongan yang menganggap sesuatu kejayaan yang dia kecapi tu adalah datang dari diri dia sendiri sebab bijak, sebab banyak pergi seminar, sebab rajin dan banyak lagi sebab lain.

Memang tak salah pun berfikir.

Tapi alangkah baiknya kita sebagai insan yang kerdil mempunyai fahaman bahawasanya segala nikmat yang dimiliki sekarang juga merupakan atas keizinanNya.

Asbab kita usaha, Allah kurniakan rezeki yang kita miliki sekarang...dan Allah juga boleh tarik balik nikmat-nikmat tersebut anytime.

Rendahkn expectation diri sendiri. Letakkan tawakkal sepenuhnya pada Allah lepas dah betul-betul berusaha. Kita tak rugi apa-apa pun dengan berfikiran sedemikian dan jadilah hamba yang berjaya yang sentiasa bersyukur.

7. Beri peluang untuk orang muda



Ini yang Rasulullah SAW buat. Ramai sahabat AS terdiri dari golongan anak-anak muda. Ini kerana orang-orang muda penuh energetic dan mereka buat kerja cepat. Tambahan pula, pemikiran anak muda juga jauh berbeza.

Walaupun pengalaman tak banyak, perbezaan ini sebenarnya menjadi pelengkap dalam sesuatu perkara yang dibincangkan kerana masing-masing mempunyai sudut pandang yang berbeza.

Kesimpulan


Cukup hebat 7 tips yang dikongsikan oleh Dato Dr Hussam, Pengerusi Karangkraf ini. Walaupun nampak simple, nak amalkan tentu suatu yang mencabar. But nothing is impossible. Dato Hussam boleh, korang juga pon boleh.

Yang penting kena ada mentaliti orang berjaya. Saya doakan agar korang semua dapat jadikan tips-tips ini sebagai panduan dan amalan untuk terus menjadi seorang yang berjaya di dunia dan di ahkirat insyaAllah.

Semoga bermanfaat dan terima kasih.

Artikel ini merupakan hasil perkongsian FB live oleh Ustaz Hakim Mohd Nor yang bertajuk "Rahsia individu powerfull dibongkarkan. Disebabkan rakaman tersebut agak panjang, saya bahagikan penulisan ini kepada 4 bahagian. Anda boleh membaca Bahagian satu, dua, tiga dan empat.
أحدث أقدم