Perkongsian ini kita nak kupas rahsia individu yang very powerful yang mana syarikat beliau mampu contibute RM 10 juta setahun pada masyarakat dan membuat jualan RM 500 juta setahun.

Namun sebelum tu jom kita lihat apa yang dimaksudkan dengan sukses atau berjaya ni. Istilah sukses atau berjaya ni lebih mengancam bila seseorang itu dah berjaya achieve lima stages ni:

  1. Sales RM1 Juta
  2. Profit RM1 Juta
  3. Saving RM1 Juta
  4. Invest RM1 Juta
  5. Sedekah RM1 Juta

Secara hakikatnya, memang ramai businessman Malaysia yang berjaya buat jualan sejuta tapi tak ramai yang mampu pergi ke stage 2, 3 4 dan 5.

Apa yang rahsia orang berjaya?


Standford University ada buat kajian pada ribuan individu yang berstatus jutawan seluruh dunia. Mereka buat interview tentang apakah yang menyebabkan orang yang berjaya ni berjaya...

Rupa-rupanya, hasil kajian mendapati hanya

22% punca kejayaan mereka disebabkan skill yang mereka ada dan 78% punca kejayaan mereka disebabkan mentaliti

Nampak tak betapa powerfull-nya mentaliti. Dan untuk makluman, cara berfikir orang berjaya juga sangat berbeza dengan orang yang tidak berjaya.

Pada hari ni, ramai orang buat kerja apa yang dia senang buat dan buat sebab ada semangat. Tapi bila pertengahan journey tu timbul banyak masalah dan dugaan... At the end give up sebab tak capai matlamat.

Bila ditanya, nak jadi jutawan? Nak jadi orang berjaya? Mesti semua orang nak.

But when semua orang yang jawab nak ni, ade yang berjaya dan ade yang tak. Kenapa jadi macam tu? Rupa-rupanya, ade satu garis yang sangat jelas yang memisahkan antara orang yang berjaya dengan yang tak berjaya.

Rahsianya adalah mentaliti yang berbeza


Orang berjaya, mentaliti mereka jelas. Contohnya why nak jadi jutawan?

Kalau tanya soalan sama,

Why bekerja?
Why nak dapat duit?
Why nak buat itu?
Why nak buat ini?
dan lagi dan lagi

Orang berjaya mampu jawab kesemua setiap soralan berikut dengan jelas. Itu beza antara orang berjaya dengan tidak berjaya.

Merut penulis buku John C Maxwell- What successfull people know about leadership






Dalam buku tu ade satu kajian dikalangan orang yang sukses, dan menjumpai satu jawapan untuk big why mereka.

The biggest why is...

they want to serve other

Maksudnya, dalam beribu-ribu orang yang berjaya di interview, jawapan untuk big why mereka adalah

Mereka nak serve orang sekeliling mereka


Dalam buku Stephan Covey & 7 habits of highly successful people, dia cakap

 
begin with the end in the mind

Mentaliti kita untuk give manfaat untuk orang lain. Kita nak hidup dengan meaningfull, tak rasa stress apa kita buat, letakkan mindset apa yang kita buat, untuk manfaat orang lain dan bukan hanya untuk diri sendiri semata-mata. Kita bangun awal pagi, cari apa value untuk kita tambah untuk orang sekeliling kita. Bukan sahaja apa yang kita deliver tu mampu selesaikan masalah dunia malah sampai akhirat.

Bila letak mindset sebegini, anda akan rasa sangat powerful, gembira, ceria, seronok. Boleh tengok orang yang kita bantu bertambah kebaikan dalam kehidupan dia.

Mentaliti ini lah yang ada pada Rasulullah SAW dan para nabi AS yang lain. Mereka ada satu mindset yang sangat jelas yang ajar kepada pengikut mereka untuk fikir macam mana nak selamatkan diri sendiri dan orang lain dari dunia sehingga akhirat.

Sebenarnya kita telah dididik untuk melakukan perkara ini dalam tidak sedar. Biasa baca doa ini rabbana atinafiddunya hasana dan lihat maksudnya...

Law of reciprocity


Ustaz Hakim Mohd Nor berkongsi kisah beliau di Arakan, Myanmar ketika melaksanakan ibadah korban baru-baru ini under Serantau Muslim.

Nak dijadikan cerita, bagaimana team Serantau Muslim boleh memilih seorang ibu tunggal miskin anak 4 untuk dibantu dari beratus ribu orang di sana. Apa rahsia wanita ini sehingga dipilih Allah untuk dibantu? Subhanallah rahsia dia sangat simple...

Hanya dengan sisa beras (dalam secupak) yang tinggal, dan ketika anak dia menangis meraung kelaparan, dia terdengar kucing mengiau dan dia bagi beras yang tinggal tu pada kucing tersebut.

Law ini menekankan "what you give you get back". Nak cerita yang korang tak perlu jadi kaya untuk bantu orang lain.

Macam mana nak bentuk mentaliti yang hebat?



Rasulullah SAW dah pesan, lihat dengan siapa anda berkawan. Sangat simple tapi very powerfull.

Kalau anda berkawan dengan penjual minyak wangi, anda akan dapat tempias wangian yang dijual. Kalau anda berkawan dengan penempa besi, and akan dapat percikan api besinya pada baju.

Petua orang tua (mengkelaskan jenis-jenis kawan)

Ada orang kita sembang kat luar rumah je
Ade sembang sampai ruang tamu
Ade yang sembang sampai dapur

Nasihat Saidina Umar memilih sahabat

Seseorang yang pernah musaffir dengan kita
Seseorang yang makan sekali dengan kita
Seseorang yang tidur sekali dengan kita
Dan sahabat yang paling bagus adalah yang sering mengingatkan kita tentang ahirat.

Pernah tak experience bila korang cakap satu benda yang powerfull, ade kawan yang perlekehkan? Orang macam ni harus jadikan kawan sahaja bukan sahabat.

Kat mana nak cari kawan yang power ni?


This is the secret. Go for the event!

Contohnya kalau nak berkawan dengan orang soleh, pergi ke masjid. Kalau nak cari kawan kaki perempuan, pergi ke disko. Itu perumpamaannya.

So pergi seminar.

Letakkan niat yang baik, nak jumpa kawan yang baik. Once niat tu baik, insyaAllah Allah permudahkan dan temukan kita dengan orang hebat.

Antara tips lain untuk mempunyai mentaliti yang hebat,

Pilih bahan bacan yang betul



Rajinkan membaca buka, bukan mukabuku 'facebook". Ini yang bahayanya sebab ia akan masuk dalam mentaliti kita. Jangan pilih bahan bacaan yang toksik. So kalau ada follow page2 gosip atau kawan2 yang suka bergosip, sila unfollow.

...dan the best bacaan adalah al-quran dan terjemahannya. Sangat powerfull. Setiap hari kena baca dan terjemahan sekali. Korang akan rasa

wow, setiap hari ade bende baru yang Allah nak cerita pada aku

Seterusnya kita perlukan mentor. So macam mana nak cari mentor? Tanya dengan kawan-kawan. Boleh je cari dalam facebook. Contohnya, if korang nak jadi expert dalam sesuatu niche, contohnya parenting, sukan, kewangan dan sebagainya. Cari individu atau page yang berautoriti atau yang layak.

Seterusnya follow mereka. Tiru bulat-bulat apa yang mentor buat dan korang terpaksa berjaya macam mereka. Dan jangan lupa, sebaik-baik mentor adalah Rasulullah SAW.

Terima kasih dan semoga bermanfaat.

Artikel ini merupakan hasil perkongsian FB live oleh Ustaz Hakim Mohd Nor yang bertajuk "Rahsia individu powerfull dibongkarkan. Disebabkan rakaman tersebut agak panjang, saya bahagikan penulisan ini kepada 4 bahagian. Anda boleh membaca Bahagian satu, dua, tiga dan empat.
Previous Post Next Post