Mentaliti vs akhlak


Mentaliti merupakan suatu yang ada dalam diri kita manakala akhlak pula suatu yang external atau perkara luar yang boleh dizahirkan.

Pada zaman dulu, Rasulullah SAW tidak mengajar skill, tapi menekankan akhlak atau attitude. Rasulullah pernah SAW bersabda,

Aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak (HR. Al-Baihaqi)

If ade mindset yang bagus tapi tak berakhlak, susah juga. Saya bagi contoh apa yang berlaku di dalam masyarakat kita. Aktiviti menayang harta di media sosial.

Persoalannya,

Bila kaya memang kena tunjuk harta kat orang?
Kena tunjuk pakai kereta besar ke?
Kena rumah besar-besar ke baru diiktiraf berjaya dan kaya?

So kat sini macam ada 'missing link' kat dalam masyarakat kita. Sepatutnya orang-orang kaya ni kena follow apa yang Rasulullah pesan.

Sebaik-baik manusia yang memberi manfaat kepada orang lain



Itu sahaja.

Kalau kita hidup di dunia fokus pada diri sendiri, anda akan rasa nak kaya lagi. Rasulullah SAW pernah sebut tentang kalau kaya lawannya muflis.

So muflis ni maksudnya apa?

Sahabat AS menjawab maksud muflis tu tak ada harta. Rasulullah SAW jawab muflis tu maksudnya bila akhirat, ada pahala dan urusan nak masuk syurga tu tersekat sebab ada 'hutang' dengan manusia, so tak dapat masuk syurga sebab manusia tu akan mintak pahala dari anda.

Bila kita ada buat masalah dengan orang, kita kena bayar dengan pahala. Bagi dan bagi sampai takde yang tinggal. Itu lah golongan yang muflis. Currency di akhirat bukan ringgit Malaysia, bukan dollar tetapi pahal dan dosa.

That's why Rasulullah SAW dah ajar perelokkan akhlak dan jangan buat bende yang akan membuatkan kita jadi muflis di akhirat

Kena ingat dua perkara ni. Jaga...

Hubungan dengan Allah & Hubungan dengan manusia

Hubungan dengan Allah dah cantik, sedekah, rajin buat amal tapi dalam masa yang sama tak jaga hubungan dengan manusia contohnya, mencaci orang, riak, bangga diri...

Tak guna hidup kaya raya di dunia, tapi di akhirat kita muflis. Sebab itu pentingnya akhlak.

Sekian dulu buat masa ni. Terima kasih kerana membaca dan semoga mendapat manfaat dari bahagian dua ini.

Artikel ini merupakan hasil perkongsian FB live oleh Ustaz Hakim Mohd Nor yang bertajuk "Rahsia individu powerfull dibongkarkan. Disebabkan rakaman tersebut agak panjang, saya bahagikan penulisan ini kepada 4 bahagian. Anda boleh membaca Bahagian satu, dua, tiga dan empat.
أحدث أقدم