Siapa yang tak kenal Afnan Rosli. Nama dia cukup popular sekarang ni.
Bagi yang belum kenal, Tuan Afnan Rosli ni merupakan seorang pelukis kaligrafi Islam dan motivator yang tengah naik populariti dengan bilangan followers di facebook sahaja dah nak cecah 100k.
Saya personally tak pernah dengar nama dia. Tapi diperkenalkan oleh kawan. Alhamdulillah terima kasih kawan.
Dan bila saya baca kisah beliau, masyaAllah memang hebat. Korang yang baca ni pun beruntung sebab
Good people always attract to a good people
FYI, Tuan Afnan ni pernah gemparkan Malaysia bila berjaya menjual tiket online class dia Pre-Metamorphosis yang total jualan nak dekat sejuta tak sampai 24 jam.
Boleh kata, once dia announce je nak buka slot untuk kelas, insyaAllah dalam masa 5 minit sold out.
Online course yang dia anjurkan ni lebih kepada self-motivation dan improvement cara Islam. Banyak lah testimoni-testimoni dari perserta yang sangat powerful.
So saya tahu yang dia ni bukan biasa-biasa punya orang. Allah bagi kelebihan kat dia yang jarang ada kat motivator-motivator lain untuk bantu orang yang memerlukan. Jom ikuti perkongsian Ustaz Hakim Mohd Nor tentang sahabat beliau si Afnan Rosli ni.
Si Afnan buat kerja gila lagi!
500 seat online class sold out dalam masa 1 minit.
Bukan tu je...
Baru-baru ni pulak Tuan Afnan buat kelas kat Melaka untuk 300 orang. Setiap saat berpuluh-puluh orang daftar sampai redundant pendaftaran. Tengok dalam sistem ade 1000 pendaftaran.
Let say 1 tiket RM150, kalau 500 dah RM75,000.
Let say 1 tiket RM150, kalau 1000 dah RM150,000.
Untuk seminit dan sehari tau...
Kalau tak silap saya, dia pernah bukak online class yang sold out 4000 dalam 24jam. Kalau silap harap dimaafkan. So boleh kira sendiri ye.
Why so special?
Ustaz Hakim cakap, tuan Afnan ni mempunyai keperibadian yang baik dan sangat positif. Allah kurniakan dia skill yang special yang membuatkan apa yang dia deliver tu ada impak pada semua orang, termasuklah saya.
So apa rahsia beliau sehinggakan orang ramai berpusu-pusu nak dengar apa yang dia bakal kongsikan dan berebut-rebut nak join kelas?
Disini Ustaz Hakim kongsikan 3 rahsia insan yang bernama Afnan Rosli.
Rahsia 1: Deliver kepada yang nak sahaja
Tuan Afnan ni mempunyai prinsip yang mana
Turunkan ilmu kepada mereka yang nak tahu sahaja.
Jangan beri kat semua orang. Kalau bagi kat semua, orang tak appreciate ilmu tu. So just bagi kat mereka yang berminat dan ade usaha nak cari ilmu.
Rahsia 2: Never make an assumption
Mesti kena ada data!
Dan beliau suka menggunakan Pareto rules 20:80. Contohnya beliau buat live dan dia check berapa orang yang view. Katakan yang view live tu 800 orang, dia dah tahu dalam 20% yang akan subscribe program dia.
Rahsia 3: Buat all out sehingga orang feel the value
Apabila buat sesuatu, buat sebaik dan seikhlas mungkin sehingga orang yang menerima ilmu tu dapat manfaat dan mereka ceritakan manfaat tersebut secara ikhlas dan sukarela.
Kalau apa yang kita kongsikan itu ikhlas dan betul-betul diperlukan oleh audience, tak perlu minta testimoni. Ia akan datang secara semula jadi.
Dan sebenarnya, rahsia ke 3 ini lah macam mana Islam tersebar luas ke sepelusuk dunia. Sahabat-sahabat AS yang menerima hidayah Islam dapat merasai nilai yang disampaikan oleh Rasulullah. Dan dari situ nilai ini tersebar ke seluruh alam.
Itu sahaja perkongsian yang dikongsi oleh Ustaz Hakim ketika sesi live semalam. Semoga apa yang dikongsikan ini memberi manfaat untuk anda yang membaca.
Segala yang baik datang dari Allah dan jika ada kekurangan dalam penulisan ini dari bahagian pertama sehingga akhir, itu datang dari kelemahan diri saya sendiri. Sekian terima kasih.