Dulu poknik jual fuel saver dan poknik buat iklan kat cari dot my. Ramai yang kontek poknik merupakan golongan yang pakai kereta kancil dan saga.
Tak salah pakai kancil.
Tak hina pakai saga.
Tapi kita tak nak meniaga dengan segmen ini kalau kita nak bina biz besar. Bukan bermakna kita tak boleh jual barang yang murah.
Poknik hanya nak cakap bahawasanya kita akan ada banyak kelebihan apabila kita nak susun strategi nanti jika kita jual barang mahal.
Jual barang murah
So bila poknik jual barang murah ni. Poknik dapat banyak sale, tapi berapa banyak sale pun, dia tak mengubah senario hidup. Bila pikir balik, poknik memang tak dapat maju dengan kaedah meniaga yang macam tu.
Paling sedih sekali, disebabkan kita jenis takde duit.
Kita ingat semua orang pun takde duit juga.
Bodoh gila poknik masa tu. Disebabkan pemikiran yang salah, habis rosak segala halatuju bisnes.
Sekarang ni, poknik pegang rapat2. Jangan sekali kali menganggap prospek atau pelanggan kita takde duit. Jangan underestimate kemampuan mereka.
Jangan pula semata2 kita ni jenis takde duit. Maka kita anggap semua orang pun takde duit. Last2 kita pun jual barang murah murah bertahun tahun tahun tahun.
Kenapa kita mesti jual barang mahal?
Sedangkan ekonomi makin hari makin teruk. Sapa cakap ekonomi makin teruk? Ekonomi tak makin teruk.
Ekonomi ENGKAU tu yang makin teruk. hehehe. Orang lain ok aje.
2016. Mercedes dan bmw mencatat jumlah jualan paling tinggi dalam sejarah. Ekonomi hanya makin teruk bagi segolongan sahaja.
Bila kita menjual, kita kena menjual pada golongan yang tak akan terjejas ekonominya walaupun ekonomi sejagat makin teruk. Abe kena tanya satu soalan yang sangat penting.
...Macam mana aku nak cari lubuk orang kaya dan banyak duit...?
Nak meniaga cari la orang ni. Dah jumpa orang ni, nak jual barang mahal pun mudah, barang murah pun mudah.
Tapi 1st priority kita ialah mencari golongan ni. Bila kita dah jumpa golongan ni. Maka insyaallah sampai bila-bila pun, urusan mencari sales adalah mudah.
Cara cari pelanggan berduit
Kalau kita jual barang harga RM60. Macamana kita nak tahu bahawa orang yang beli barang kita tu orang ada duit?
Barang kita mestilah barang yang berharga RM1k atau RM500 paling kurang. Sebab bila dia beli RM500 dalam keadaan ekonomi yang macam ni. Maka kita tahu lah samada dia ada banyak duit atau tidak.
Macam dalam kes poknik. Ada produk yg harga RM69, ada yang RM179. Dan yang complete set harga RM629.
Target poknik ialah nak cari paling kurang RM160 orang yang beli harga RM629 untuk poknik define profile ni.
Untuk cari 160 orang yang beli 629 ni, poknik perlu dapatkan dalam 1000 sales atau lebih. Sebab ramai yang beli set 159 aje. Diorang ni samada takde duit ataupun nak test dulu. Malahan ada yang beli RM69 aje pun ramai.
Poknik tak kisah pasal diorang ni semua. Tapi yang beli RM629. Poknik betul2 ambik data dia utk bina profile.
Tapi untuk cari orang orang berduit ni bukan mudah. Poknik sendiri pun belanja duit ads sampai RM40k baru poknik dapat bina profile orang berduit ini.
Jangan risau pasal spend RM40k tu, sebab dalam poknik spend RM40k tu, poknik juga dapat sales terkumpul sebanyak dekat-dekat RM200k.
Ok lah walaupun tak tinggi mana ROI pun, sebab target poknik untuk break even aje. Sebab objektif utama poknik masa ni ialah untuk bina profile orang berduit ni.
So, setelah poknik berjaya bina profile ni. Maka kerja untuk bina sistem stokis dan scale up bisnes pun dah jadi sangat dipermudahkan.
Poknik tak perlu fikir lagi samada audience tu targeted atau tidak lagi. Sebab poknik dah tahu diorang mmg targeted. Dah selesai satu sakit kepala.
Bila dah capai yang ni. Poknik hanya perlu fikir mesej pula. So, kat sini, poknik akan bina 4-5 jenis mesej dan split test mesej mana yang paling memberi impak.
Poknik kena pastikan yang poknik dapat jumpa angle untuk serang orang berduit ni. Kena fikir apa umpan yang paling menyangkut.
Kat sini tugas kita adalah sangat simple. Iaitu menyampaikan mesej yang paling sesuai untuk kita sampaikan pada mereka. Sebab tu poknik split test mesej. Audience tak perlu split test dah.
Tapi kena ingat juga.
Nak sampaikan mesej tu bukan senang. Sebab menjual barang mahal ni memerlukan kita mempunyai kemahiran yang tinggi untuk meyakinkan mereka.
Bukan senang nak yakinkan orang supaya boleh keluarkan duit beratus ratus ataupun sehingga beribu ringgit. Hanya jika kita dapat bina kemahiran membina nilai di mata pelanggan, barulah kita dapat buat sale.
Ini sebenarnya sangat penting kerana, kemahiran diri itu jauh lebih tinggi nilai dari apa apa pun.
Orang putih selalu cakap.
The best investment you can make is an investment in yourself.
So, dua (2) skill kita dah sembang kat atas tadi.
1. Bagaimana nak cari lubuk orang banyak duit.
2. Bagaimana nak sampaikan mesej supaya orang nampak nilai sehinggakan dia sanggup berpisah dengan beribu ribu RM.
So, abe jangan duduk tunggang langgang buat kerja tak tahu halatuju. Kena ada step by step apa nak capai. Macam poknik masa mula2 start dulu. Memang poknik fokus nak cari audience sampai dapat.
Poknik kena jaga supaya tak rugi aje. Poknik hanya nak balik modal. Bukan untung yang poknik cari. Tapi ASET.
Audience ni aset mahal tau. FB pun meletakkan audience sebagai aset. Tapi kita selalu abaikan kepentingan untuk define audience.
Good luck kawan2.
Sumber: Poknik