Nak viralkan facebook post?

Apakah ciri-ciri facebook post yang boleh viral? Pernah terlintas tak soalan macam ni dalam minda korang? (saya assume korang ni orang bisnes). Kalau pernah.. Ok. It's normal. Sebab kita tahu betapa powernya kuasa viral.

Tak pernah terfikir?

Saya advice untuk korang start fikirkan dari sekarang sebab potensi viral sangatlah besar. Amat sayang kalau pandang sebelah mata tentang kuasa viral.

Viral merupakan salah satu strategi marketing yang mampu membawa bisnes atau produk korang tersebar dengan luas dalam masa yang sangat singkat.

Terdapat banyak cara untuk buat viral marketing ni dan salah satunya dengan menggunakan platform media sosial. Untuk artikel kali ni kita cerita strategi posting viral di facebook.

Apa yang saya kongsikan ini hasil pengalaman dari salah satu facebook page post saya yang pernah viral. Saya terpaksa hide-kan post atas sebab-sebab tertentu. Ok jom kita tengok apa criteria yang membuatkan sesuatu post tu boleh viral.

Struktur facebook post viral


1. Headline


headline penting untuk iklan

Headline haruslah simple, targeted dan huruf besar. Maksud simple kat sini, bilangan patah perkataan tak lebih dari dua baris. Targeted pulak, mesej tu nak disampaikan pada siapa.

Contohnya, korang jual cadar, target golongan mak-mak yang dah boring tengok design dan warna cadar tilam yag lusuh. So dalam headline mesti kena ada golongan ni. Huruf besar tu just nak tarik perhatian target audience je.

Sebab kita faham, facebook newsfeed ni kan sentiasa berubah. So kita sebagai pengguna dah terbiasa dengan aktiviti meng-scan keyword-keyword tertentu atau gambar yang mampu grab attention.

Manusia akan scan bila perkataan atau gambar tu ade "personal touch" atau kaitan dengan diri sendiri. Contohnya, orang yang ada masalah rambut gugur akan alert dengan gambar orang botak atau perkataan serum rambut. Gitu lah perumpamaannya.

Lagi satu, headline jenis soalan sangat bagus untuk tarik perhatian pembaca. So adjust headline korang mengikut soalan apa yang dirasakan sesuai.

2. Bahasa


bahasa jiwa bangsa

Gunakan bahasa perbualan dan bukan bahasa perpustakaan. Mudah kan? Bahasa yang lebih santai membuatkan audience senang nak hadam apa yang post cuba sampaikan. Dan jauhi penggunaan bahasa wicet dan short form yang mungkin tidak difahami orang.

3. Offer Value


sentiasa beri value dalam posting

Once korang kenal siapa target audience korang, insyaAllah korang akan tahu apa jenis konten yang golongan itu appreciate. Bila mereka appreciate, tak perlu mintak share, mereka sendiri akan buat atas kerelaaa hati.

Untuk posting saya yang viral tu, saya offer something yang sangat target audience saya craving. Saya tahu apa mereka nak dan saya offer secara percuma. Ini dipanggil lead magnet. Lead magnet ni ade pelbagai bentuk. Mungkin voucher, free gift, free shipping, personal coaching, ebook dan sebagainya.

4. Call to action


call to action penting untuk engagement

Di penghujung copywriting atau posting tersebut, saya minta mereka share posting ni so that ramai lagi yang boleh dapat manfaat dari apa yang saya bakal kongsikan dengan mereka. Mereka dapat apa yang mereka nak, posting saya dapat banyak komen dan share. Benda ni win-win situation.

5. Gambar


lebih unik lebih menawan

Gambar sangat main peranan penting. Ade beberapa kriteria nak pilih gambar.

  • gambar real (objek, moment, result atau hasil sebelum selepas..)
  • typography (gambar yang ade tulisan yang menawan..)
  • memes (gambar lawak)
  • testimoni
  • awek cantik/jejaka kacak tunjuk atau pegang benda yang di iklankan
  • pattern interrupt image (gambar-gambar yang unik)

Dari pengalaman saya, meletakkan gambar real yang ada elemen 'similarity' dengan targeted audience sangat menyumbang kepada tingginya engagement. Once diaorang tengok je gambar, terus stop scrolling on the spot dan dalam fikiran diaorang,

"ehh..ini yang aku rasa sekarang..."
"ni yang aku cari selama ni..."
"betul ke benda ni...."
"eh. pebende ni?..."

6. Friend list

maximum friendlist di facebook

Antara salah satu faktor penyumbang kepada pre-viral. Lebih ramai friendlist dan followers korang di facebook, makin tinggi peluang posting korang viral.

Berusaha untuk capai 5000 friendlist. Lepas dah penuh, ajak mereka yang berkawan untuk follow. Dalam masa yang sama, introduce jugak kat diaorang facebook page korang.

Praktis yang terbaik, create facebook page awal-awal. Tulis posting yang memberi value pada bakal audience kat situ. Then share posting tersebut di facebook profile. Dengan cara ni, korang boleh tengok jenis audience yang engage dengan posting tu sebab facebook page ade fungsi insight. Yang personal takde.

Friendlist tak ramai?

Takpe, korang boleh je share post korang di group-group facebook. Pastikan group-group ni berkaitan dengan apa yang korang kongsikan dan target audience memang ada melepak dalam tu.

Cuba rajinkan diri untuk share dalam 5 group sehari. Share waktu lepas orang dah selesai segala tugasan harian. Atas jam 9 malam adalah waktu sesuai untuk saya. Korang? Cuba dulu baru tahu.

7. Timing post


waktu-terbaik-post-status-di-facebook

Bila waktu paling sesuai untuk post di facebook supaya dapat banyak engagement? Untuk menjawab soalan ni, back to basic. Kenali siapa target audience korang. Boleh rujuk artikel ni: waktu terbaik post status di facebook.

Penutup


Macam tu lah cerita dia. Sekali lagi saya nak habaq, apa yang saya kongsikan ni adalah based on pengalaman sendiri. Cara dan hasil setiap orang mungkin berbeza-beza sebab perbezaan jenis bisnes, perbezaan target audience dan lain-lain faktor.

Semoga apa yang dikongsikan ni boleh korang cuba aplikasikan untuk bisnes masing-masing. Harap ianya bermanfaat. Kalau korang ade sebarang soalan, rajin-rajinlah tinggalkan komen kat bawah ni ok. Terima kasih

Post a Comment

Previous Post Next Post