Post status korang seringkali dimeriahkan dengan siulan cengkerik?

Krik krik...
Krik krik...

Biasa tak kena macam tu? Post bagai nak rak dan disangkakan "status ni mesti viral gila" tapi takde pon orang komen. Like ade la dua tiga ketul.

Ape masalahnya ye?

Saya berpendapat banyak faktor yang mempengaruhi kadar engagement sesuatu posting di facebook. Untuk posting kali ni, jom kita bercakap pasal 'timing' post.

Ramai yang tertanya-tanya,

Bila waktu yang paling sesuai nak up status di facebook?


Jawapan paling play-safe dan meruntun jiwa adalah... Apabila...

Bakal customer atau followers korang tengah online. Hahaha

Ok serius serius.

Menurut Oberlo, waktu paling sesuai untuk up status di facebook adalah pada jam 1 petang sehingga 4 petang dan waktu paling best nak post adalah hari ahad jam 3 petang.

Hari yang paling banyak engagement - Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad

Hari yang paling kurang engagement - Selasa

Itu kajian paling latest untuk 2019 dari oversea. Mungkin sama atau mungkin berbeza kan? Tak cuba tak tahu. Takpe, jom kita tengok kajian dari negara kita sendiri pulak. 


Menurut Dzulqakar Hashim dari BumbuStudio,

Waktu terbaik untuk post di facebook

7:00 - 9:30 pagi

Post perkara bermotivasi dan positif sahaja. Jangan kacau mood orang pagi2. Seeloknya wish selamat pagi dulu sebagai ice breaking.

10:00 - 4:00 petang 

Orang tengah sibuk bekerja. Post pendek2. 1-2 baris sudah.

4:30 - 8:30 malam

Orang tengah jiwa kacau waktu macam ni. Penat. Terkejar nak balik kerja la, jalan jem la. So post something yang funny, senang hadam dan ringkas sahaja.

8:30 - 12:00 tengah malam

Masa terbaik nak mengarang panjang-panjang, nak sharing, nak viralkan something. Waktu kemuncak ni ramai orang tengah relaks-relaks. Nak ayat customer suruh transfer payment pun senang!

Nak follow yang mana satu?


So kat sini kita nampak ade dua percanggahan maklumat kan? Kalau di luar negara, waktu paling tinggi engagement adalah waktu petang sebelum orang nak balik tu. Tapi di negara kita, waktu terbaik adalah selepas insyak gitu, time orang dah rehat-rehat selepas seharian bekerja.

So bila exactly saya nak up status ni bang? 

Aii, info dah bagi, ni la masanya korang nak cuba mana satu yang mengena. Ingat, different audience, different responnya. Salah satu nak kenal audience, test dulu bila mereka ni aktif.

Orang bisnes ni kena proaktif. Biasakan diri dengan ber-eksperimen dengan audience atau followers. Bukan kena bayar pun kan. Percuma pulak tu!

Kalau korang takde masa nak buat experiment ni, boleh je guna fungsi schedule post (untuk facebook page je) atau guna buffer (free je). Kalau yang berbayar, boleh guna FB Autopost. Autopost ni boleh post auto kat personal boleh, kat group pun boleh.

Korang set la apa-apa post yang korang rasa relevan then kasi post secara auto mengikut waktu yang berbeza-beza. Then tengok kadar engagement.

Kesimpulan


Hasil yang korang dapat mungkin berbeza dengan apa yang dikongsikan dalam artikel ni sebab audience berbeza-beza. Info di sini hanya sebagai panduan dan mungkin boleh digunakan untuk test kadar keberkesanan dengan posting korang.

Yang penting, keep monitor akaun-akaun social media. Buat analisis waktu bila korang dapat kadar engagement yang paling best dari followers atau friends. Kena faham, once followers atau fans dah bertambah, korang maybe akan nampak ade perubahan dalam cara mereka berinteraksi.

Adjust dan adjust sampai dapat rentak audience. Moral of the story, jangan stop untuk bereksperimen. Mungkin hari ni datanya sebegini, esok lusa mungkin dah berbeza. Semoga artikel ni bermanfaat untuk korang.

Post a Comment

Previous Post Next Post