Korang baru nak berjinak-jinak dengan dunia blogging? So artikel ni sangat sesuai untuk korang. Saya bukan lah terer sangat pasal blog ni. Tapi saya percaya artikel ni bermanfaat untuk korang.

Artikel ni pun saya rujuk dari seorang top blogger yang bernama Ramit Sethi. Dia ni punya blog bukan calang-calang. Million visitor tau!

Blog saya ni apa lah sangat. Krik krik je lebih... Hehehe Tapi takkan nak tunggu hebat, sempurna baru nak buat sharing kan? Tak rock lah macam tu. Setakat mana ilmu yang kita ada selagi boleh bagi manfaat, share kan aje!

Ok. Proceed.

Kat sini saya kupaskan sedikit antara point penting yang Ramit share dalam perkongsian bagaimana dia boleh dapatkan jutaan pelawat dalam tempoh 1 tahun.

Actually artikel dia cerita pasal tips nak tingkatkan pelawat ke blog. Tapi saya olah sedikit sebab point-point yang dia terangkan tu bersesuaian dengan fundamental atau perkara asas untuk newbie yang baru nak start berblogging.

So artikel ni sebenarnya fundamental utama kejayaan sesuatu blog. Untuk dapatkan fundamental yang kukuh, sila jawab soalan-soalan di bawah ye. Jangan risau, jawapan dah diberi.


 #1: Apa yang korang boleh share sehinggakan orang tak mampu nak tolak untuk baca?


Offer content yang berkualiti pada audience yang betul.

...sekali dia tengok, dia terus nak baca. But sekadar nak baca je tak cukup. Kena ada feeling gitu. Maknanya kat sini, content tu ade 'emotional trigger' seolah-olah kalau tak baca, diaorang akan rase rugi gila.

Dan, untuk menghasilkan content yang berkualiti macam ni, tips paling penting adalah...

Korang kena kenal audience.

Most importantly, jadilah pendengar yang baik.


Macam mana nak kenal audience? Kena lah buat kajian. Kalau dalam bahasa internet, kita panggil customer avatar. Kalau offline, hang-out dan sembang dengan diaorang.

Nak cari mana audience ni? Hah, ni satu soalan yang menarik! Korang boleh cari potential audience ni kat media sosial (facebook group). Cari group yang betul-betul aktif dalam niche tertentu dan mempunyai engagement yang bagus. Jangan join sangat group-group yang banyak menjual.

Contohnya, niche korang pasal kesihatan atau kuruskan badan. Join la group-group diet ke, group journey kuruskan badan dan sengkatan dengannya. Aktifkan diri dalam tu. Share something yang valuable atau jawab persoalan-persoalan tentang sesuatu perkara.

Most importantly, jadilah pendengar yang baik.

Dari situ, korang akan lebih faham, dilema, concern, persoalan, kesukaan golongan-golongan ni. Korang boleh nampak trend jenis-jenis soalan yang kerap member group tanya dan lain-lain. Kat sini korang dah dapat idea, apa yang nak dikongsikan. Apa jenis content atau info yang golongan ni craving sangat.

#2: Macam mana nak create konten yang 'valuable' sehinggakan audience ucap  “Thanks ye.. perkongsian ni sangat membantu...”?


Great content solves a problem


Sebagai contoh, panduan selesaikan hutang jahat oleh Urusinsan. Dengan panduan tersebut, individu-individu yang terbeban dengan hutang dapat selesaikan masalah hutang mereka. Dari hutang 30 tahun boleh dipendekkan kepada 15 tahun. Ini secara tak langsung dapat memperbaiki aliran tunai dan dapat menyimpan dengan lebih baik.

Walaubagaimanapun konten macam ni konten jenis premium dan pengerasnya pun agak tinggi. But bagi mereka yang tahu nilainya, ribuan ringgi pun sanggup di laburkan.

Contoh lain konten yang valuable adalah cara tutorial buat schedule payment untuk Tabung Haji. Konten seperti ini membantu individu atau ibu bapa yang very komited nak menabung tapi tak tahu buat secara auto. Selama ni manual je. Nampak simple kan tapi insyaAllah bermanfaat untuk golongan-golongan tertentu.

Content yang bagus bukan hanya sekadar information. Tetapi memberi audience outcome yang mereka impikan.

#3: Apa yang patut korang buat untuk terus berbloging?


Be yourself


Kalau korang tengok top-top bloggers, tak kira la dalam negara atau luar negara, diaorang ni tak berselindung samaada dari segi personaliti, kepercayaan eventhough aktiviti rutin. Sebab apa mereka buat macam ni? Sebab mereka percaya dengan adanya elemen 'personal connection' itu yang menghidupkan sesebuah blog.

Bila blog kita ni hanya berkongsi ilmu semata-mata dan kurang personal touch, kebarangkalian untuk ade 'loyal fans' tu kurang berbanding yang ade personaliti. Analogi dia macam ni, blog yang share info semata-mata macam iklan yang ditampal kat board. Orang baca terus blah.

Blog yang ade personal touch ni, visitor datang, mereka baca info yang dikongsikan. Dalam masa yang sama mereka teringin nak 'engage' dengan writer sebab elemen manusiawi terselit dalam setiap konten yang dihasilkan.

Elemen manusiawi ni ada macam-macam jenis. Korang boleh selit 1-2 cerita pasal diri korang. Buat la humor sikit. Jangan lah serius sangat (mak kau ijau). Pastu bubuh sikit gambar.

The more real you are, the more you’ll stand out.

Percayalah ade je orang kat luar sana yang berminat nak baca blog korang especially kalau korang ni jenis yang memang passion gila tentang sesuatu konten dan ade personality tersendiri.

Saya tulis artikel ni pon sambil makan kuaci. Kot-kotnye korang ingat saya ni robot. Eh jap, korang pernah tak experience bila makan kuaci macam susah nak stop? Dia punya keasyikan nak kopek kulit, kunyah..Perghh..tu yang dua hari baru siap artikel ni.

Post a Comment

Previous Post Next Post