Seperti yang saya pernah share sebelum ni pasal jenis konten untuk viral marketing, korang mesti dah ade idea cara nak create viral konten kan?

Perkongsian lepas, saya share secara general. Artikel kali ni saya share spesifik sikit 10 jenis konten yang mampu membuatkan facebook post atau blog korang jadi viral.

Sebelum tu, jom kita recap balik apa faktor yang membuatkan sesuatu posting tu boleh viral. Kat sini saya kongsikan 3 faktor utama:

  • mesej yang dibawa mempunyai unsur positif dan optimis
  • mempunyai nilai sentimental (highly emotional content)
  • informatif dan relatable

Jika ada elemen-elemen ni, insyaAllah sesuatu posting atau artikel tu ada potensi untuk viral. Jom tanpa melengahkan masa, nah 10 jenis konten untuk tatapan korang.

1. Senarai atau list



Kelebihan konten jenis list ni, pembaca boleh dapat tangkap "central idea" tentang post berkenaan tanpa perlu baca keseluruhan posting. Ingat, zaman sekarang, people are too busy! Mudahkan urusan mereka.

Contoh konten: 20 tips online bisnes untuk newbie

2. Action @ tindakan



Konten jenis ni provide clear instructions kepada target audience yang maybe sering tertanya-tanya "macam mana nak buat ni ek??.... Konten jenis ni boleh jadi ape sahaja. Memasak, tukar ram PC, bancuh milo sedap dan sebagainya.

Contoh konten: Step-by-step cara nak proses order di shopee

3. Popular & Best



Konten jenis ni membantu pembaca atau audience untuk dapatkan idea tentang sesuatu perkara. Contohnya,

10 indoor playground terbaik untuk anak manja anda di Kuala Lumpur
5 destinasi hot spot wajib pergi jika melawat Sabah
25 restoren paling sedap di Selangor
5 Kedai online paling disukai oleh golongan mak-mak berduit

4. Kajian & pengalaman



Konten jenis ni lebih umph jika korang sendiri yang experiece. Bila buat sendiri ni, posting tu di tulis lebih "alive" dan audience suka. Contohnya, korang share pasal aktiviti DIY ayah korang pasang solar panel yang dia beli di shopee dengan harga RM12. Tunjukkan apa benefit dari perkongsian tu.

5. Kontroversi



Konten jenis ni a little bit sensitif but still bergantung pada topic apa yang dibicangkan. Contohnya macam isu jerebu, kisah negara jiran dan negara kita. Cuba olah atau rewrite isu yang sama tapi dalam penulisan yang lebih unik. Boleh jadi sarkastik atau membina. Create engagement melalui arguments atau sebarang persoalan.

6. Konten yang menjanjikan sesuatu outcome



Konten jenis ni mestilah mempunyai info yang very informative dan mempunyai instruction yang jelas pada si pembaca. Jika diselitkan dengan expected outcome tersangatlah bagus.

Contoh konten seperti resipi mudah buat ayam goreng kfc, petua hilangkan lemak di perut tanpa berdiet selama 30 hari, dan cara melupakan crush dalam masa seminggu.

7. Konten yang "Urgent Attention"


Konten jenis ni memang banyak boleh dapat share dalam masa yang sangat singkat. Biasanya konten jenis ni mempunyai mesej yang beremosi dan yang audience boleh relate dengan personal life.

Contohnya posting bayi perlukan bantuan kewangan untuk pembedahan. Bukan semua benda yang kita share pasal bisnes kan?

8. Share link konten



Korang tengok kat google atau facebook, apa jenis konten yang orang suka. Contohnya korang menjual produk kuruskan badan. Buat satu post ringkas. Contohnya macam ni. Korang cerita delima orang nak kuruskan badan tapi sampai sekarang tak berjaya. Kat sini saya share beberapa link yang insyaAllah bermanfaat untuk korang. Check it out

Myth tentang kuruskan badan
Petua untuk kuruskan badan
Resipi berkhasiat tapi simple gila untuk kurus
Juice yang bagus untuk bakar lemak yang tak pernah korang sedar
Diari"cik timah" berjaya turunkan 100 kilo dalam masa 5 minit. Inspirasi untuk korang

Semoga perkongsian ni memberi inspirasi untuk korang. Saya doakan juga korang cepat kuruih!
#jomkurus #infobermanfaat #likeandshare

☝️ contoh ye.

9. Issue Trending



Update isu-isu terkini yang trending. Nak tahu apa yang trending? Tengok twitter. Contohnya sekarang musim jerebu. Deliver konten samaada dalam bentuk video dan image berkaitan topik tersebut. Contohnya mintak pendapat (my feveret!). Korang ambil 2 gambar. 1 gambar jogging, satu gambar dok rumah tengok tv. Tanya audience, "mana satu korang suka buat time jerebu?"

10. Video & Memes



Zaman sekarang, cara pemikiran orang dah berbeza and sometimes sesuatu mesej itu lebih berkesan dalam bentuk santai dan lawak dari yang serius. Maka cuba hasilkan konten2 dari jenis ini. Contoh korang jual produk kuruskan badan, buat video simple gila muka korang tengah mengidam nak makan baskin robin.

Wajah atau perilaku yang funny atau blur2 lebih menyeronokkan penonton. Dalam masa yang sama, selitkan masej yang ingin disampaikan. Ingat, jangan menjual. Share share dan share.

Kesimpulan



Lebih banyak konten berkualiti yang korang hasilkan, makin tinggi peluang untuk di share, dan tinggi juga peluang untuk viral.

Sekian dulu perkongsian untuk kali ni. Kalau korang rasa artikel ni bermanfaat, mohon klik butang share di bawah. If ada sebarang pertanyaan, amat di alu-alukan. Sekian thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post