Pernah tak anda experience macam ni..

Anda tengok pesaing yang dalam satu niche yang sama sedap meroket buat facebook ads. Engagement iklan beratus hingga ribu. Kita pula masih buat sharing di group-group bisnes. Engagement? Krik-krik.

Actually, memang tak boleh compare sebenarnya sebab mereka sanggup bakar duit untuk iklan. Kita ni bukan takde yang sanggup keluar duit untuk iklan. Cumanya tak tahu nak buat iklan yang bagus. Betul tak?

Sebenarnya, istilah tak tahu buat tu tak boleh pakai dah untuk tahun 2020 ni. Sebab apa? Sebab facebook ada sediakan fungsi untuk kita belajar untuk buat facebook ads sejak 2018 lagi. Cuma kita je tak berapa nak perasan fungsi ni.

Fungsi apa kah?

Dengan cara kita spy iklan pesaing kita! Lehaa!


Jap bang. Boleh ke spy-spy ni? Kang tak pasal-pasal akaun kena banned.

Boleh. Free je. Ada banyak teknik nak spy ni. Untuk artikel kali ni saya share cara yang paling simple. Yang penting ianya tak melanggar peraturan atau polisi facebook.

Teruskan membaca.

Jom saya kongsikan cara nak buat iklan dengan cara anda spy pesaing anda punya facebook ads.

Facebook Page

Ok. pertamanya, fungsi ini hanya boleh dilihat pada facebook page sahaja. Kita guna contoh facebook page Nike

nike you can do it

Nampak kan pada bahagian sebelah kanan, ada section "Page Transparency". Then anda klik pada "see more". Nanti anda akan dibawa ke bahagian summary.

facebook ads library

Jom kita pergi part yang paling best. Anda nampak kan section paling bawah "Ads from this page". Facebook akan bagi tahu. "This page is currently running ads". Maknanya anda boleh la spy iklan mereka. Kalau dia tunjuk "This Page is not currently running ads" maknanya takde lah.

Kalau ada, anda klik "Go to ad library atau View in Ad Library". Once anda klik je, semua iklan pesaing yang masih aktif atau tak akan terpapar. Ini dia lubuk-lubuk facebook ads.

So sekarang anda dah ada idea macam mana nak merangka iklan facebook ads anda. Jadikan iklan-iklan ini sebagai rujukan.

Selain teknik di atas, anda juga boleh akses terus ke Facebook Ads Library. Dari sini, anda boleh terus taip page pesaing anda. Kat sini kita still guna contoh Nike.


Hasil spy dari pesaing-pesaing ini, anda boleh beri penekanan pada 4 faktor seperti:

  1. Gambar
  2. Headline
  3. Copywriting
  4. Offer

Spy guna mobile


Tutorial di atas saya buat dengan menggunakan desktop ye. Anda juga boleh spy pesaing anda dengan menggunakan mobile phone. Cara dia sama je. Buka aplikasi facebook, taip nama pesaing dan pilih page.

Bila dah jumpa page pesaing, skroll ke bawah sehingga jumpa "Page Transparency". Seterusnya klik "See all".


Skroll ke bawah. Anda kan jumpa "Ads from this page". Klik pada "Go to ad library" nah! Itu dia. Cara yang sama je pun. Hehe Terpaparlah segala iklan yang dibuat oleh pesaing anda.


Kelebihan

  • Anda boleh tahu sesuatu iklan tersebut di siarkan di platform mana (facebook, istagram, audience network atau messenger)

Kekurangan

  • Anda tak boleh tahu pesaing target iklan pada siapa. So anda tak boleh tahu umur, lokasi, demographic, interest etc. Engagement (like, komen dan share) dari iklan tersebut.

Diharap perkongsian ini memberi manfaat untuk anda semua dan secara tak langsung ada sudah ada idea macam mana nak bina struktur iklan di facebook. Mulakan dengan budget yang rendah dulu. Cuba run iklan untuk 3-7 hari. Tengok rentak dia macam mana. Kalau perlukan pindaan, pinda mana yang patut. Tips saya yang terakhir, cuba spy nama-nama brand lokal yang agak well-established.

Jika anda rasakan info yang dikongsikan ni bermanfaat, boleh tekan butang share atau follow blog ini supaya saya lebih bersemangat lagi nak buat sharing. Seriously saya ada banyak lagi tips-tips yang nak dikongsikan untuk pembaca blog. Sokongan anda sangat saya hargai. Thank you!

Post a Comment

Previous Post Next Post