Assalamualaikum & salam sejahtera untuk korang.

Hari ni dah 6 Mei 2020. Korang ade 21 hari lagi untuk redeem RM600+bonus lain dari shopee. Ini betul tau. Bukan cerita dongeng!

Bulan lepas shopee buat offer yang special untuk new seller. Nama offer ni Digitilalization Package. Khas untuk seller baru di shopee.




Shopee buat bende ni tak lain tak bukan nak menggalakkan korang untuk buat jualan di shopee. Mane de e-commerce bagi kredit sampai RM600 kat newbie. Rasenye shopee 1st buat benda ni. Ni antara offer yang shopee bagi kat korang.


Shopee Support untuk new seller

1. Pakej RM19 Free Shipping Program

Automatik dapat pakej RM19 free shipping program selama dua minggu. Lepas dua minggu, kalau korang nak continue dengan pakej tu, boleh daftar kat sini, Free je. So sementara tu, pakai sebaiknya pakej ni.

Banyak kelebihan join pakej RM19 free shipping program ni tau. Check it out!

2. RM400 vouchers

Banyak tuh RM400. Korang boleh guna voucher ni untuk attract customer untuk membeli di kedai korang. Kan seronok. Let say, sorang customer korang bagi RM2 vouchers. Kalau RM400 boleh dapat 200 customer. Kalau average sorang customer spent RM10, dah dapat RM2000 jualan kat situ. WOW!

Korang boleh explore cara nak buat voucher ok! Tapi tunggu la RM400 masuk dulu ;)

3. RM200 kredit My Ads

Shopee nak bagi korang belajar guna paid ads atau iklan berbayar di shopee. Sebab tu dia bagi kredit my ads ni. So gunakan kredit tu sebaiknya. Kalau belum tahu cara nak guna shopee my ads, boleh tengok kat sini.

4. 0% komisyen fee untuk shopee mall

Kelebihan ni untuk korang yang berminat nak bukak shopee mall. Ni biasa nama-nama brand besar je. Biasa shopee caj 3-5% komisyen bagi setiap transaksi. Bila zero, memang jimat banyak lah! Hehe

Cara dan syarat permohonan

Pakej RM19 free shipping program dan RM400 vouchers, hanya untuk seller baru. Seller baru ni mereka yang berdaftar selepas 1 april 2020. Selain tu, kedai korang mestilah ade 3 completed order dan dari 2 unique seller. Once dah cukup syarat ni, nanti akan dapat push notification di shopee apps mengatakan korang dah layak.

So cepat-cepat daftar sebelum 27 Mei 2020 ok!

Buka akaun shopee sekarang

Untuk RM200 shopee kredit my ads, syaratnya korang kena ada at least 1 order dalam tempoh 2 bulan lepas. Confirmed ada kan? Nah daftar sini. Sama jugak before 27 Mei 2020.

Redeem RM200 Kredit My Ads Shopee

So dah ready nak buat jualan kaw-kaw di shopee? Ni lah masanya untuk korang belajar menjual di shopee. Semoga perkongsian ni bermanfaat untuk korang yang betul-betul serius nak buat jualan di shopee. Kalau ade nak tanya apa-apa, tulis di ruang komen kat bawah ok! Dan, feel free untuk share post ni agar lebih ramai yang boleh dapat manfaat.

Thanks!

YouTube Channel

Post a Comment

Previous Post Next Post