Bagi yang tertanya-tanya apa itu bigpay dan why kena ade big pay, teruskan membaca sampai habis. Di penghujung artikel ni, korang boleh decide sama ada kad bigpay ni sesuai untuk korang atau tak.

Bagi yang belum tahu, bigpay ni sejenis mastercard prepaid dan mempunyai fungsi macam e-wallet. Disebabkan dia prepaid, korang kena topup dia dulu baru boleh guna.

Kalau korang daftar bigpay, korang akan dapat kad fizikal. Korang jugak boleh install aplikasi bigpay dekat google playstore atau apple store.

10 Kelebihan Kad BigPay Mastercard


1. Monitor rekod transaksi

Part ni saya suka. Kita boleh tengok ape yang kita dah spend dalam tempoh masa tertentu. Dari situ kita boleh buat analisis kategori mana yang over budget. Secara tak langsung mendidik kita untuk kawal nafsu berbelanja.

2. Boleh withdraw duit serata dunia

Korang boleh keluarkan duit dari mana-mana ATM machine asalkan dalam akaun bigpay ade duit lah. Kalau bank tempatan, kena caj RM6 untuk setiap transaksi dan RM10 atau 2% dari jumlah pengeluaran (mana yang lebih tinggi) untuk antarabangsa.

*Buat mase ni untuk international bigpay charge RM10 je. Tengok bigpay fee.

3. Boleh transfer ke bank lain

Fungsi ni baru lagi. Bigpay akan caj RM0.50 untuk setiap transaksi. Tu sebab tak ralat nak transfer lebih kat bigpay ni. Kalau tiba-tiba sengkek takde cash. Dalam bank pun takde. Pau je bigpay (duit sendiri jugak).

4. Boleh buat instant transfer dekat adik beradik

Serius cepat.Tak perlu no akaun bagai. Korang explore sendiri. Senang sangat tuh!

5. Boleh withdraw sampai 0

Bank biasa tak boleh kan? Mesti kena tinggalkan bagi RM10. Dengan bigpay, pakai la sampai habis.

6. Freeze akaun kalau kad hilang

Kad hilang? Cemas? Menggelabah nak call customer servis? Tak payah dah. Bukak phone, toogle on freeze card. Setel.

7. Jimat processing fee air asia

Kalau guna bigpay untuk booking flight, air asia just charge korang RM0 je untuk processing fee. Seronok wei nak travel lepas ni!


8. Kadar tukaran matawang

Bagi yang selalu ke luar negara, topup je bigpay ni banyak-banyak. Nanti bigpay akan update kadar tukaran matawang semasa dan semestinya ianya memudahkan urusan korang.

* orang kata rate dia lebih rendah dari biasa. Betul ke?

9. Dapat BIG Points

Setiap RM10 belanja, korang akan dapat 1 bigpoint. Bigpoint ni boleh redeem tiket flight dan rewards yang lain. Boleh tengok sini. Sedikit kureng, point ni boleh expire. Adus!

* Korang boleh link bigpay dengan akaun airasiabig kalau ada.
* topup dah tak dapat point tau.

10. Dapat RM10 percuma dalam akaun bigpay

Mesti korang nak kan? Bende free sape tak nak. Cara dia mudah je. Korang daftar bigpay. Download je dekat google playstore atau apple store. Search bigpay. Kalau logo biru tu dia la tu. Isi maklumat yang diminta dan masukkan referral code ni "VYLZPORLIK". Nanti duit tu masuk kat bigpay akaun korang. Yey!

Kekurangan kad bigpay mastercard


1. Takde ATM sendiri

Untuk makluman korang, belum wujud lagi mesin ATM bigpay. So kalau korang dah sengkek sangat, tapi dalam akaun bigpay ade sejuta, boleh transfer kat bank korang yang lain dulu. Tapi kena caj la.

Nak ambil ke tak?


So, kalau korang jenis yang selalu:

  • travel
  • shopping online
  • beli barang guna kad debit (cashless)

Bigpay mastercard memang sesuai untuk korang.

Tapi kalau korang bukan selalu buat tiga benda kat atas ni, sebaiknya tak payah ade kad bigpay ni. Tak rugi mana cek oi!

Amalan saya dengan kad bigpay




  • Dapat gaji je saya terus transfer certain amount dalam bigpay. Amount ni khas untuk berbelanja (online). Bukan joli ye. Saya dh siap kira biasanya berapa saya akan spent sebulan atas talian.
  • Saya guna bigpay mostly untuk shopping online dan bercuti (booking hotel & flight). 
  • Saya juga biasa gunakan bigpay untuk topup e-wallet yang lain macam Setel, Boost dan TnG e-wallet
  • Kalau nak bershopping (groceries), saya survey dulu e-wallet mana yang bagi better offer. Contohnya TnG e-wallet buat cashback sehingga RM40. So saya akan guna TnG e-wallet untuk berbelanja compare guna bigpay yang hanya bagi point.
  • Kalau saya nak beli sesuatu dekat shopee, saya akan gunakan bigpay dan shopback untuk dapatkan point dan cashback.
  • Foodpanda? Grabfood? Semua bigpay.
  • Hujung bulan saya akan check baki. Kalau ada banyak lagi saya akan biarkan je. Tak perlu topup. Kalau tiba-tiba sengkek sangat takde cash, cucuk je mana-mana bank. Tapi kena caj la RM6. Huhu

Itu je perkongsian saya untuk topic bigpay. Semoga apa yang dikongsikan ni bermanfaat untuk korang semua. Kalau ada soalan, tulis kat ruang komen di bawah. Kalau rasa artikel ni bermanfaat, share lah ok supaya lagi ramai dapat manfaat!

Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post