SEO adalah singkatan daripada "Search Engine Optimization", iaitu proses meningkatkan trafik ke laman web melalui hasil carian google. 


Berikut adalah beberapa tip SEO yang boleh digunakan oleh blogger baru semasa menulis blog post:

people setting up website page

1. Guna keyword

Gunakan kata kunci yang tepat dalam tajuk artikel dan dalam teks artikel. Ini membantu mesin carian untuk mengenal pasti topik artikel anda dan menempatkannya dalam hasil carian yang sesuai.


2. Konten berkualiti

Buat kandungan yang berkualiti dan unik. Google menghargai kandungan yang berkualiti dan asli, jadi pastikan untuk menulis artikel yang bermanfaat dan tidak disalin dari laman web lain.


3. Guna meta tag

Meta tag adalah label HTML yang digunakan untuk memberikan maklumat tentang sesuatu blog post kepada google. Pastikan untuk memasukkan meta tag yang sesuai contohnya seperti meta tag "description" yang explain tentang blog post anda.


4. Masukkan gambar atau video

Gambar dan video dapat membuat blog anda lebih menarik dan memudahkan google mengenal pasti topik blog post anda. Jangan lupa masukkan alt text untuk setiap gambar yang anda masukkan. Iii bertujuan memberikan maklumat tentang gambar tersebut kepada encik google.


5. Masukkan link

Link dapat membantu google untuk kenalpasti topik blog post anda. Masukkan link ke artikel lain di blog anda dan link ke laman web lain yang berkaitan dengan topik artikel anda. Contohnya anda menulis tentang e-wallet, anda boleh sertakan link-link yang berkaitan seperti TouchnGo, MAE, BigPay dan sebagainya.


6. Tulis blog post panjang

Google search engine ni lebih cenderung menghargai konten blog postnya yang panjang dan berkualiti daripada kandungan yang pendek dan tidak berkualiti. Buat posting yang panjang dan berkualiti untuk meningkatkan peluang anda untuk muncul dalam hasil carian google.


7. Promote blog post

Promosikan blog post anda di laman sosial media anda seperti TikTok, facebook, Whatsapp, Telegram dan dalam komuniti yang sesuai untuk meningkatkan peluang anda untuk mendapatkan trafik yang tinggi.


Kesimpulan

SEO adalah proses yang berterusan dan akan ambil masa untuk keluar dari hasil carian google. Amalkan tip-tip di atas di setiap blog post anda dan bila tiba masanya, artikel anda akan lebih cepat dijumpai oleh carian google. Good luck!

Post a Comment

Previous Post Next Post