Zaman dah berubah, beberapa tahun lepas, kita masih mencari amil kat pasar malam, kios bergerak, surau atau masjid untuk bayar zakat fitrah beberapa hari sebelum nak raya kan? Tapi sekarang Malaysia dah maju! Kini kita boleh bayar zakat fitrah online dengan mudah dan cepat.
Nampak tak kebaikan teknologi bila dimanfaatkan sepenuhnya. Bukan je untuk urusan duniawi, urusan kewajiban akhirat juga boleh dipermudahkan. Alhamdulillah. Bila dah boleh bayar online, korang tak perlu risau lagi nak cari amil atau pejabat zakat. Artikel ni akan guide korang melihat pelbagai aspek pembayaran zakat secara digital.
Mengapa Bayar Zakat Fitrah Online Jadi Pilihan?
Dalam dunia yang serba digital hari ni, bayar zakat fitrah secara online menawarkan banyak kelebihan berbanding cara tradisional. Selain lebih menjimatkan masa, urusan bayaran pun jadi lebih selamat dan teratur. Antara kelebihan utama:
- Kemudahan Akses: Korang boleh bayar zakat bila-bila masa dan di mana saja.
- Keselamatan Transaksi: Penggunaan platform pembayaran digital yang disahkan memastikan transaksi korang selamat.
- Rekod Digital: Semua maklumat transaksi disimpan secara automatik, memudahkan rujukan bila-bila masa.
- Sokongan Pelbagai Platform: Dari komputer hinggalah telefon pintar, korang boleh pilih mana yang paling senang untuk digunakan.
Dengan semua kelebihan ni, tak hairanlah ramai yang beralih kepada cara bayar zakat fitrah melalui online.
Cara Bayar Zakat Fitrah Online
Bagi korang yang baru pertama kali nak cuba, jangan risau. Sebenarnya, proses bayar zakat fitrah online sangat mesra pengguna. Berikut adalah langkah-langkah ringkas yang boleh diikuti:
-
Pilih Platform yang Sahih: Cari laman web atau aplikasi yang diiktiraf oleh pihak berwajib, contohnya Lembaga Zakat Selangor.
-
Daftar Akaun: Isi maklumat peribadi dengan tepat supaya rekod transaksi korang kemas.
-
Masukkan Jumlah Pembayaran: Tentukan jumlah zakat yang perlu dibayar berdasarkan kadar semasa.
-
Pilih Kaedah Pembayaran: Sama ada melalui kad kredit, perbankan dalam talian, atau dompet digital—pilih yang paling sesuai.
-
Sahkan Transaksi: Pastikan semua maklumat betul sebelum klik butang “Sahkan” untuk menyelesaikan pembayaran.
Nampak, simple je kan? Jom saya kongsikan secara step by step. Dengan pendekatan yang betul, korang boleh menikmati kemudahan bayar zakat dengan penuh yakin dan tanpa sebarang halangan. First, pergi ke ezakatPAY, nanti akan keluar paparan seperti berikut:
Kesimpulan
Membayar zakat fitrah secara online bukan lah bermaksud kita melupakan amil-amil yang dilantik oleh lembaga zakat. Alternatif ini sekadar membantu memudahkan urusan bagi yang selesa dengan transaksi online. Mungkin generasi masa kini dah biasa namun tidak kepada generasi mak ayah kita. So terpulang kepada pilihan masing-masing. Ingat, teknologi diperkenalkan bagi memudahkan urusan kita termasuklah urusan beribadah. So, apa tunggu lagi? Mulakan hari ini dengan menjadikan urusan zakat sebagai sesuatu yang mudah, cepat, dan selamat.
Kalau korang yang sedang asyik membaca ni belum lagi tunaikan zakat fitrah, terus buat pembayaran sekarang. Teruskan menyebarkan kebaikan, dan selamat mencuba bayar zakat fitrah online!
Post a Comment